Sunday, 19 February 2017

From Scotland To Manchester, England


The next day after one day trip to Glasgow, awal-awal pagi kami checked out hotel menuju ke Edinburg airport untuk pick up kereta sewa. Dari hotel ke airport, kami just naik bus Airlink warna biru di Waverly Bridge (a few miles dari Waverly Train Station). Selain daripada bus, boleh je naik train untuk ke airport which is around 40 minutes perjalanan. Since luggages kami banyak, agak leceh jugala nak angkut satu-satu bag turun tangga ke stesen keretapi..So, the most comfortable way is by bus..daripada Waverly ke airport hanya 9 GBP untuk 2 adults dan kids under 3 years free dan perjalanan mengambil masa around 25-30 minit..



Airlink bus yang kami naik untuk ke airport, 9 pound untk 2 org.Kalau beli return terus masa mula-mula sampai Edinburgh hari tu 7 pound je,,huhu





Dalam bus menuju ke airport





Bye bye Edinburgh..

Sempat beli di M&S dalam Edinburgh airport..Sedap betul scottish punya scones.

Actually, otw nk pick up kereta sewa di Edinburgh airport, bus yang kami naik utk ke HQ office tayar pancit. Allahurabbi, agak stress juga la dengan cuaca yg sejuk dan hujan renyai-renyai kena tunggu bus yang lain datang..around 15-20 minutes jugala kena tunggu. Yang paling stress sebenarnya kami nak kejar masa utk ke Manchester, nak masuk stadium utk tour visit, sebab last boleh masuk tak silap pukul 5.00 petang. Bila winter season, mostly shops di Europe operation hours sampai 5.00-6.00 pm je. Kami sampai di airport waktu tu dah pukul 9.30 am, nk pick up kereta pulak di headquarters, take time juga procedures tu semua, hampir sejam baru setel..So, around 11.30 pagi baru dapat kereta dan bertolak ke Manchester..Memang lepas ni black list la Rental Car tu, servis dahla very slow, not user friendly dan agak mahal..bila sampai sana br bgtau total cost yg kami bayar tu tak termasuk car seat dan gps..what the heck??? huhu..Perjalanan dari Edinburgh ke Manchester mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kalau masuk Newcastle lagi lama lebih kurang 5 jam, since kami ni nak cepat ikutla route yg paling shortest. Yang paling rugi masa on the way ke Manchester, kami tak singgah di Scottish-English border. Punyala menyesal tu sampai sekarang teringat dan tak puas hati. Itu maksudnya kena repeat lagi Scotland kan,,hehe..Sepanjang ke Manchester, Humaira tak nak duduk pulak dalam car seat sebab car seat tu tegak dan tak boleh adjust ke posisi baring, manala cenonet tu nak duduk..Sepatutnya, car rental tadi yang baby punya carseat, ini bagi yg kids punya seat. Nak patah balik tukar memang takla sebab sure ambil masa lagi. So, sepanjang dalam perjalanan tu, mommy kena la layan cenonet tu sampai nak ambil gambar pemandangan kiri dan kanan pun tak sempat..huhu

Rental Car: Ford Focus
Price : SAR 531/ day (not include baby seat and GPS)
Drop Off: Heatrow Airport, London



Ni jempat snap sebelum cenonet Humaira buat hal..hehe

Stop sekejap untuk ke toilet dan lunch. Still in Scotland region lagi..

Beli fish n chips je yang lain-lain was-was nk makan




MashaAllah sedap, lembut dan fresh je isi ikan kod. 8.50 pound...

Pemandangan kiri dan kanan, kebanyakannnya akan nampak sheeps..Scotland dan sheep tidak boleh dipisahkan.hehe




GPS bawa kami masuk pekan kecil di sekitar border Scotland-England. Cantik pemandangan tapi tak boleh nk turun sbb kepala tingtong dan hubby pun nak cepat...

Dah nak masuk sempadan England, still banyak ladang sheeps,,


Masa ni dah nak masuk England, lepas tu terus tertidur..tengok-tengok dah sampai Manchester.hehe..


Alhamdulillah,akhirnya sampai juga di Manchester walaupun dh lewat petang..

Kami sampai Manchester pukul 4.30 petang. So, memang tak sempat nk masuk stadium untuk visit. Redha jelah, nak buat mcm mana..huhu
Kami menginap 1 hari di Hotel Football Old Trafford, SAR802/ night. Ni hubby punya choice, so ikutkan jela..
Waktu kami sampai, Megastore still open lagi, tapi kami check in hotel dulu sebab hubby nk rest dulu

Ni view kami ambil bilik yang kami menginap..memang cunla, dekat sangat dengan stadium Old Trafford



MashaAllah, selesa sangat bilik ni..patutla mahal..hehe


Bilik air pun selesa, itu yg penting..




Happy betul hubby waktu ni..hehe









Malam tu lepas hubby rest kejap dan solat jamak,  kami dinner di Nur Malaysia Restaurant, Liverpool Road. 

Suasana dalam restaurant, waktu kami sampai dalam pukul 8.30 malam orang pun xde lagi..hehe


Hubby order nasi goreng ayam,  5.50 pound

Humaira punya favourite, satay 3 pound

Ini my favourite tomyam dengan nasi putih telur dadar, 5 pound

Nasi putih dengan telur dadar..

Laksa penang, yg tak seindah rupa, dalam menu rupa lain, tapi bila dapat lain. Rasa pun tak sedap..paling upset sbb guna kuew tiaw.Geram je nk complain tapi sebab penat xde tenaga nak cakap bnyk2..huhu

So, malam tu kami makan di Nur Malaysia habis around 21.50 pound termasuk bandung cincau dan 3 layer tea..So far, food kat situ okla except Laksa Penang, which is langsung tak kena dengan tekak aku..huhu..Lepas makan tu, kami ke Hard Rock Cafe, tempat wajib kami tiap kali travel ke oversea..Macam biasa hubby akan beli T-shirt Hard Rock dan cap, baju untuk anak kesayangan dia dan fridge magnet. Aku pun rembat sehelai T-shirt sebab design t-shirt kat Manchester cantik compared di Edinburgh dan Glasgow..Anyway, nk share sedikit tips, kalau malam, please avoid pergi Hard Rock Cafe di Manchester atau mana-mana tempat la..huhu..Waktu kami sampai nak dapat parking yg dekat dgn Hard Rock punyala susah sebab parking penuh, end up parking jauh dan kena jalan kaki..Yang paling tak best actually dalam perjalanan ke Hard Rock tu kena hadap kaki-kaki clubbing dan kaki-kaki mabuk tepi jalan..Allhurabbi, rasa nak patah balik je.Memang tak selesa betul, tapi hubby berdegil jugak nk masuk sebab dah sampai katanya..Lagi teribble tu, Hard Rock Cafe di Manchester, tempat jual souvenir ni dekat sangat-sangat dengan tempat orang minum dan clubbing.. Boleh imagine tak, waktu kau tengah pilih barang tu kau boleh nampak orang terkinja-kinja joget dan minum dengan musik yang sangat bingit..Serious aku rasa nak keluar terus, hubby pun macam muka terkejut juga last-last dia cepat ambil barang yg dia nak dan bayar dan terus keluar dan jalan-jalan cepat ke tempat parking kereta....tak sampai 7 minit kot kami dalam tu..huhu..Lagi satu orang-orang di Manchester ni agak rude and not friendly, berbeza sngt dengan orang Irish dan Scottish..So, kalau nak ke Hard Rock Cafe tu,sila la pergi waktu siang, waktu malam ni mmg kena hadap view dan bau yang tak menyenangkan..huhu



Pukul 9.30 pagi kami dh terpacak depan Old Trafford Stadium. Megastore buka 10.00 am..








Kemain lagi ye che abang ni..entry kali banyak gambar dia je la..hehe













































Nak masuk dalam Megastore  kena security check..Tapi mcm kami je yg kena org lain xde pun..ingat kami terrorist ke ape.huhu..


































Untuk Humaira wajib ada..hehe











Hubby tengah busy pilih sweater..ni reason utama dia beria sangat nk singgah Manchester..hehe
















Habis shopping di Megastore, kami checked out hotel dan bergambar di luar hotel sekejap..







Sebelum bertolak ke London kami singgah brunch di Nur Malaysia Restaurant..


Gambar restaurant takde sebab nak cepat. Tapi restaurant tu dekat dengan Eccles Mosque.Kalau google image, restaurant tu warna hijau...

So, habis sudah tour kami di Manchester..Bukan tour pun sebenarnya, tapi more kepada tempat persinggahan, on the way ke London..Boleh dikatakan 1 hari kami di Manchester, banyak tempat kami tak sempat nk explore spt Manchester New Town Hall, City of Manchester Etihad Stadium, Deansgate (Pedestrian street zone, shooping, restaurant, 3.3 km from Football Hotel).Nak tour Old Trafford Stadium pun tak sempat, kesian hubby..hehe..InshaAllah, kalau ada rezeki lebih kami datang..So, our next destination sebelum ke London ialah Old English Village..Nak tahu apa yang menarik kat situ, jangan lupa follow my next entry..Bye, bye...

































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...