Wednesday 20 January 2016

Istanbul Aku Datang (Part 2)


Hari ke-3 di Istanbul aktiviti kami ialah melawat Topkapi Palace. Sepatutnya dalam itenary, hari ke-2 kami dh cover Blue Mosque, Hagia Sophia dan Istana Topkapi sebab tempat-tempat tu semua dalam satu kawasan sahaja. Disebabkan hari raya pertama Topkapi Palaca tutup, so kenalah datang balik..Tips utk you alls yang nak dtg ke Istanbul, kalau boleh janganlah dtg waktu summer sebab nnti tak selesa nak jalan dari satu tempat ke satu tempat sebab kalau musim panas, humidity sngt tinggi..Kalau panas kering macam di Malaysia ok lagi..Tapi klau panas, tapi humidity tinggi, jalan sikit je dah berpeluh dan meruwap. Baju pun kena bawa bnyklah sebab badan cepat peluh dan bau masam kepam kalau nak pakai balik..hehe..Sebab tu kalau nak pergi vacation especially Europe, kami prefer utk pergi waktu Spring or Autum. 

Istana Topkapi


Topkapi Sarayi (Palace) asalnya istana tempat tinggal para sultan dan keluarga kesultanan Turki Uthmaniyah selama hampir 400 tahun iaitu antara tahun 1465-1860. Selepas kerajaan Turki Uthmaniah jatuh ke tangan Gerakan Muda Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Atartuk, penempatan Sultan dan keluarga di raja Turki dipindahkan ke Dolmabache Palace dan pusat pemerintahan pula dipindahkan ke Ankara. Istana Topkapi tersangatlah luas iaitu lebih kurang 700,000 meter persegi dan dikelilingi benteng sepanjang 5 km..So, kalau nak melawat istana ni, allocate siap-siap masa around-3 hours baru berbaloi..Dalam istana ni terdapat bnyk muzium-muzium kecil atau section/gate dan nak masuk tu dalam tu pun kena beratur juga..huhu..bayangkan kalau musim panas nak beratur panjang tu..confirm tak larat kan..hehe..Tapi, serius tak rugi pun kalau habiskan masa masuk dalam istana ni sebab boleh tengok khazanah-khazanah peninggalan kerajaan dan kesultanan Uthmaniah..Dalam tu juga kita boleh lihat sendiri Al-Quran lama berusia 1400 tahun pemberian Nabi Muhammad kepada Arabic poet Kaab bin Zuher, Pedang Nabi Muhammad, foot print Nabi Muhammad (s.a.w), Prophet seal, Prophet letter, the tooth of Prophet, the hair and beard of our Prophet Muhammad, kunci pintu Kaabah dan gold plated covering the holy black stone.. So, kalau nak tengok ini semua jangan lupa masuk ke Third Court atau cari Gate of Bab-us-Saadet. Dalam bahagian, langsung tak boleh ambil gambar even guna hp sekalipun..So, bila dapat masuk tu, tataplah puas-puas..hehe

Actually nak melawat Topkapi Palace ni ada beberapa peringkat.
- The First Court
- The Second Court
- The Third Court
- The Fourth Court
- The Harem
- Around Topkapi Palace
- Through the outer of the palace



pagi2 lepas breakfast di hotel dh terpacak kat Beyazit Station utk ke Sultanahamet Station


pagi2 ni mood ok lagi dan badan pun rasa fresh je..huhu






waktu pagi di sekitar Sultanahamet..cuaca pun just nice je..sejuk2 dan berangin..

Area sini pun bnyk hotel dan restaurant..patutnya kami book hotel kt sini je.lagi dekat dgn Hagia Sophia..

Belakang tu dah nampak Hagia Sophia..



Tram di Istanbul..

cantik betul gadis Turki ni..malu-malu pulak ye..hehe

ni baru je di entrance utama sebelum masuk ke kawasan Istana Topkapi..dh ramai yg beratur pagi2 ni..

Di hadapan Imperial Gate. Fuhh..nasib baik datang awal.kalau lambat sikit jawabnya pukul berapa la dpt masuk dalam ni. 

Selepas masuk Imperial Gate akan jumpa taman yang luas dan cantik..

Belakang tu adalah St. Irene Church iaitu the oldest Christian church in the world..
















At first, kami ingatkan tiket utk masuk ke Istana Topkapi beli kat sini.rupa-rupanya tiket utk masuk church..

disebabkan tiket dh terbeli, drpd membazir, hubby masuk jugak sorang2 dalam church ni

Bangunan lama sebelah church ni plak ialah Darphane which is used as mint in the earlier times




This area ialah First Court which is kawasan antara Imperial Gate and Gate of Salutation. 

Orang ramai tngh beratur utk masuk ke Second Court which is Gate of Salutation

Sebelum masuk ke Second Court kena beli tiket dulu..kalau dewasa kena bayar 20-25 TL..

At Gate of Salutation

Ramai ok orang beratur nak masuk..




Sementara tunggu hubby pergi beli tiket, duduk dulu atas bench since kaki dh mula lenguh2 jalan jauh




Alhamdulillah..mood Humaira ok pagi ni..







Nak masuk ke Second Court, tunjukkan tiket dan kena scan dulu handbag,,macam di airport tu.




Bapa mithali...hehe

Di hadapan Gate of Saadet (way to the Third Court)









In this gate tempat berlakunya important event semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. 

Dah habis tawaf Third Court, kami keluar balik menuju ke Second Court iaitu Court Kitchen pf the palace




Now dah jadi housing of Chinese, Japanese, Turkish and European Porcelain and Crystal collection



bila menjelang tgh hr makin ramai pengunjung yg datang..jalan pun agak sesak dgn manusia
Antara hiasan menarik yg terdapat di kubah2 dalam istana Topkapi 

Yang ni dah tak ingat dalam court yg mana satu..hehe















Ramai sngt orang nak masuk dalam court ni. Kena beratur agak panjang. Dalam section ni juga ada tersimpan khazanah peninggalan Prophet Muhammad dan para Sahabat. No photographed inside this court..huhu. 

Keluar je dr this court baru boleh on kamera..hehe..pemandagan selat Marmara dr Istana Topkapi

Boleh nmpk Bosphorus feri dari sini..

Pemandangan Bosphorous bridge yg memisahkan Turki Eropah dan Turki Asia dari Mediciye Pavillion






Dah lenguh kaki pusing2 maka kami decide nak keluar sebab dah lapar..actually kami tak sempat nak melawat Fourth Court dan Harem Area  sebab keletihan dan kelaparan..hehe






cari jalan keluar agak jauh juga..kena keluar ikut pintu belakang laman istana

Bergambar di Gate of Salutation sebab tak sempat nak snap masa mula-mula nak masuk tadi

















Happy giler muka suamiku dpt mkn..actully kami lunch di laman istana Topkapi.Ada satu cafe dalam tu.










Smoked salmon salad..boleh tahan sedap..maybe sebab lapar sangat kot.hehe

Gaya orang tngh lapar..panas-panas pun nak disuapkan jugak dlm mulut..hehe..tapi hubby punya pasta mmg serius sedap..


Memang terliur dia hubby punya food.last-last aku makan yang dia punya..hehe










Oh my princess..makan roti je dia..huhu

Sultanahamet area..

Patah balik ke Sultanahamet Station utk ke Galata Tower






Galata Simbol, laluan utk ke Spice Market


Tram di Istanbul..

Daripada Sultanahamet Station kami stop di Eminonu Station utk ke Galata Tower..Dari sini pun boleh ke Spice Market tapi kena naik feri dulu di Galata Simbol rasanya..maklumlah, dh 2 tahun trip ni, ingat2 lupa..hehe


Mula-mula sesat sikit nak ke Galata Tower.Bila tnya org, nak kesana kena panjat anak tangga ni rupanya..last2 tak jadi pergi sebab hubby dah tak larat nk angkut stroller Humaira

At the end bergambar kt tepi bangunan je..hehe





Dari Eminonu Station jalan kaki ke tempat kami naik Bosphorus sebab target nak cari kebab ikan. Actually di Galata Simbol pun ada jual kebab ikan tapi tngk mcm tak sesedap mcm yg kami makan hari tu..

Dah kenape makcik ni..kejap duduk kejap bangun..hehe

waktu ni hr dh nak petang, cuaca pun sejuk berangin.Kesian Humaira kesejukan..


Panaskan badan Humaira sambil selfie..hehe


Belakang kami je org tngh jual kebab ikan..







Dah kenyang makan kebab, jom balik bilik tidur dan packing barang2 sebab esok mlm dh nak balik Yanbu..huhu




Last Day in Istanbul


Hari terakhir di Istanbul hajat di hati nak tawaf Grand Bazaar tapi malangnya ditutup lagi sempena Hari Raya Haji..bila tnya orang2 kat situ katanya keesokannya baru dibuka..huhu..sedih giler sebab malamnya nanti kami akan bertolak balik ke Yanbu.Flight dari Istanbul - Yanbu pukul 2.00 am so pukul 11.00 malam dah kena bertolak ke airport.Taxi kami dah book awal di bahagian receptionist hotel.Harga dah lupa berapa since hubby yg uruskan semua. Yang aku ambil tahu ialah pasal shopping dan macam mana nak pack balik hasil-hasil tangkapan tu..hehe.



Suasana di luar Grand Bazaar

huhu..tutup lagi Grand Bazaar..so sad..

One of the largest and oldest covered markets in the world with 61 covered streets and 3000 shops..
Start operation pada tahun 1455 dan masih beroperasi sehingga sekarang..


Tak dapat shopping ambil gambar pun jadilah..huhu

At the end kami beli souvenir di luar Grand Bazar..mcm2 ada jual.harga pun boleh tahan

Kat sini bnyk juga kami beli, rambang mata tengok




























University of Istanbul..lokasi pengambaran filem Istanbul Aku Datang. Dekat je dgn Grand Bazar..









Jalan-jalan di sekitar Eminonu dan Galata Bridge

Waktu ni suhu agak sejuk dan berangin..Kesian Humaira kesejukan

Ramainya rakyat yg duduk lepak2 kt sini..jalan pun selisih bahu..

Macam biasa, di mana-mana je boleh jumpa gerai kecil jual jagung bakar dan Turkish bread.Kalau nasib baik dapatlah yg sedap..hehe






Ni la Bosphorus Cruise yg sebetulnya.Bukannya yg macam kami terkena tu..ferry boat je dia bagi kt kami..hehe 


Since ni hari last di Istanbul, makanya hubby belanja makan besar sikit sbb dah 4 hari kami telan kebab..hehe


Sementara makanan berat sampai, layan dulu roti cicah dgn black seed in olive oil dgn mix salad.



Humaira dengan dunianya...

Dah 2 hari perut anak kesayangan kami meragam..cirit birit..huhu







Akhirnya sampai juga makanan..Spicy lobster yang tak berapa nak spicy..patutnya bawak sambal belacan.hehe

Abang Turkish ni servekan semua..tinggal kami nak masuk dalam mulut je..

Fish grill ni sngt sedap..cicah dengan budu lagi sedap..hehe

Nasi putih pun kami order.makluamlah dah 4 hari tak jamah nasi.tekak melayu dan org kampung pulak kan..huhu


Licin lobster kami makan..sedap dan nyaman..harga Euro30.mahal ke murah?hehe

Dah kenyang dan penat, makanya kenala balik ke hotel since mlm nnti nak ke airport.Sebelum tu beli kudapan dari Turki buat mengunyah dalam flight nnti


Muka tak berapa nak happy sebab tak dapat nak shopping dalam Grand Bazar..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...