Wednesday 20 January 2016

Istanbul Kami Datang (Part I), Istanbul kena Bom????

Dah lama tak update blog sebulan dua ni sebab tersangatlah busy dgn bermacam-macam urusan yg penting. Dengan urusan nak sambut hari jadi Humaira yg ke-2 thn la, dengan nak urus visa utk mak ayah ke Arab la dan urusan utk our Europe vacation for 2016. Alhamdulillah, majlis hari lahir Humaira dah settle dan majlis berjalan dgn lancar dan itu pun belum update kt blog lagi.Bila nak update entah tapi yg pasti akan diusahakan secepat mungkin sebelum next Europe trip.InshaAllah..
Ok, masa tngh2 scroll fb nak cari resepi-resepi yg best, mataku terbeliak bila terpandang satu news berkaitan dgn Istanbul which is sebelum tu baru je borak2 dgn sorang kawan kt sini. Al-kisahnya kawan aku tu nk singgah bercuti ke Istanbul sebelum balik ke Malaysia for good. So, bnyklah yg dia tnya kami sekeluarga sebab kami dh jejak ke Istanbul sebelum ni kan..Apa yg membuatkan jantung aku laju je berdengup (mcm tulis novel plak ye), ialah Istanbul kena bom oleh militan Syria yg berusia 28 tahun.  Yang paling buat aku terkejut tu, location pengeboman tu ialah di Sultanahamet/ Istanbul Square which is tempat kami lepak2 makan jagung bakar after keluar dr Blue Mosque..huhu..exactly itulah tempatnya dan aku cuba bayangkan kalau waktu kejadian tu kami ada disana,,SubhanaAllah,  Allah itu maha berkuasa, Dia masih panjangkan lagi umur kami sekeluarga sebab kejadian itu berlaku bukan pada dan ketika waktu kami melancong ke sana..Apa yg menyedihkan lagi ialah 10 orang yg terbunuh dan kebanyakannya ialah pelancong dari German..Yes, 12 Januari 2016 tarikh yg akan ku ingat sebab one day before iaitu 11 Januari 2016 negara jiran kita iaitu Indonesia turut di bom oleh puak ISIS..Location pula ialah di Starbucks di Jakarta..Ya Allah, dunia makin tidak aman dan mana2 tempat sudah tidak selamat utk didiami..Berbalik kepada tujuan entry ni, hehe, lepas je kejadian pengeboman tu, terus cepat2 aku cari gambar percutian ke Istanbul sebab dah lama berkubur dalam laptop.huhu..kena update dalam blog cepat2 sebelum hilang sebab lepas ni belum tentu kami berpeluang lagi utk ke Turkey dgn keadaan sekarang  walaupun hati ni mmg teringin sngt untk pergi ke Istanbul lagi..huhu..semoga Allah melindungi Turki dan negara Islam yg lain dr kekejaman puak Zionist dan Yahudi Laknatullah..Amin..


Vacation ke Istanbul actually dah lama which was on September 2014. So, kiranya dah hampir 2 tahun gambar-gambar vacation ni diperap di dalam laptop... This vacation kami pergi after 3 months berhijrah ke Yanbu, Madinah (KSA). Since ini my first trip ke Europe memang tersangatlah excited waktu mula-mula nak pergi. Lebih-lebih a year before that, filem lakonan Lisa Surihani "Istanbul Aku Datang" tengah hot so memang super duper excited la nak tngk rupa Istanbul yg sebenar. Kami pergi selama 5 hari 4 malam iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha konon-konon nak sambut raya haji kt Turkey..hehe..Tapi ape yg sy nak share kt sini ialah, jangan datang melancong ke Turki kalau musim perayaan especially masa Raya Haji. Sebabnya banyak kedai tutup dan museum seperti Istana Topkapi dan Hagia Sophea Mosque hanya dibuka pada hari raya ke-2 kecuali Blue Mosque which is sentiasa di buka utk kedatangan pelancong.  Grand Bazaar plak memang tutup sepanjang 5 hari perayaan..huhu..Ini yang paling menyedihkan sebab masa pergi hari tu mmg langsung tidak dapat shopping di Grand Bazaar. Kebanyakan souvenir kami beli di luar Istana Topkapi dan Blue Mosque..Memandangkan kami dtg ke Istanbul sekejap sahaja, so memang our activities sepanjang 4 hari tu hanya walking tour di kawasan berdekatan sahaja. Cappadocia yang terkenal dgn hot air ballon pun tak dapat nak pergi sebab jauh dari Istanbul. So next time, kami plan utk datang lagi ke Turki utk explore tempat-tempat menarik yg kami miss hari tu..hehe..Sebabnya Turki sngt best and sure you all tidak akan bosan even datang berkali-kali ke sini..


Hotel     : Baron Hotel (Beyazit, Fatih)
Cost      : Euro 368 (5 days 4 nights)
Airlines : Turkish Airlines
Cost      : RM5000+ (peak season so mmg sngt mahal)


Tukaran wang

Mata wang Turki ialah Lira. Selain Lira, boleh juga guna matawang Euro. But, certain shop terima Lira sahaja especially kedai-kedai kecil tepi jalan yg jual souvenir, jagung, Turkish Bread, jus or kekacang. Nak selamat tukar duit ke Lira dan Euro.

Pengangkutan Utama

Pengangkutan utama di Istanbul ialah train (more to tram) and tram di sini sngt efficient dan tak perlu tunggu lama utk ke destinasi yg dituju. So, kalau nak pergi mana-mana, naik sahaja tram dan jangan naik taxi sebab taxi mahal dan takut kena tipu. So, berhati-hatilah kalau nak naik taxi di Istanbul dan kalau pemandu yg jenis muka lagha dan macam pengganas tu jgnlah naik..hehe..Sebabnya kami dah terkena sekali kena paw dgn pemandu taxi..huhu. Nak naik tram boleh guna token yg boleh dibeli di setiap token machine yg disedikan di setiap tram station..Tak tahu mcm mn nk beli token through machine, dont worry, just tnya org belakang atau minta tlg dia belikan terus..hehe..kami pun mcm tu masa mula-mula nak beli token.Maklumlah, first time travel europe naik tram kan..hehe..Orang Turki ni satu yg boleh puji iaitu sngt baik hati dan senang mnta tolong especially kalau diaorang ni tngk kita ni pelancong luar..Ini ialah list main tram station utk ke tempat-tempat menarik di Istanbul.


  1. Sultanahmet station- Grand Blue Mosque, Basilica Cistern, Topkapi Palace, Aya Sofya, Hippodrome, Arasta Bazaar
  2. Grand Bazaar (Beyazit - Kapalicarsi) station - Grand Bazaar (hotel kami berhampiran Grand Bazar).
  3. Eminonu station - Spice Bazaar, Eyub Mosque (tapi kena naik bas/ferry dari sini).
  4. Karakoy station - Galata Tower
  5. Kabatas station - Kalau nak pergi Taksim, berhenti dekat sini and kena tukar train. 


Safely arrived at Istanbul Atartuk Airport

Muka excited dpt pergi Turki..hehe

Taxi Istanbul warna kuning..

Area hotel kami menginap..since taxi xboleh nk masuk betul2 depan hotel, so kena panggil pekerja hotel tolong angkut luggage

Ni hotel kami menginap selama 5 hari 4 malam..

tempat kami selalu makan sepanjang di Istanbul..kebab sini sngt best..fresh oren pun sngt sedap

Macam-macam jenis kebab dijual..
Dinner dulu sebelum keluar jalan-jalan


Masa ni xde DSLR lagi.pakai camera biasa je..sebab tu gambar xsharp sngt..hehe




Suhu hari pertama di Istanbul agak sejuk which is around 15 celcius..sian Humaira kesejukan


Agak menyesal waktu ni takde DSLR.gambar yg amibil kebanyakannya tak cantik..padan muka tak beli awal2..hehe





Singgah masuk beli Turkish punya desert/ delight..Namanya baklava..sedap tapi agak manis..

Kat dalam ni tak boleh ambil gambar sngt..itu pun curi-curi sekeping dua buat kenangan

























Hubby tngh tngk peta mcm mana nak pergi Taksim Square (Net Town).Our first target ialah pergi HRC dulu..

Dalam tram menuju ke HRC di Taksim Square. Kami naik tram di Grand Bazar (Beyazit - Kapalicarsi) station 




Waktu ni Humaira baru umur 7 bulan..how time flies..

Area Taksim Square..

The Taksim square is the heart of modern Istanbul and also known as Istanbul New Town





It’s also a popular entertainment area, surrounded by shops, restaurants and local cafes. 

After tnya org beberapa kali akhirnya jumpa jugak HRC. Macam biasa beli t-shirt and magnetic fridge utk tambah collection.

Actually, di Taksim Square (New Town) ni bnyk sngt hotel. Macam kami lebih prefer utk stay di Beyazit, Fatih sebab nanti senang nk pergi ke Blue Mosque, Istana Topkapi and Hagia Sophia since that places di kawasan Old Town. If by train lebih kurang 10 minit je dh smpai..kalau nak jalan kaki pun sangat  digalakkan sebab nanti di sepanjang jalan kiri dan kanan terdapat banyak kedai souvenir dan bangunan-bangunan lama peninggalan zaman Turki Uthmaniyah. Lagi satu di Istanbul ni terdapat bnyk masjid dan kubah masjid semuanya bewarna biru-grey.So, tiada masalah kalau nk solat dan restorant halal pun of course di mana-mana sahaja boleh didapati.. 



Hari ke-2 di Istanbul.Breakfast di hotel dulu sebelum keluar jalan-jalan..

Hari ke-2 cuaca di Istanbul agak mendung dan suhu pun around 15 celcius..








Kedai yg kami sentiasa beli  makanan sepanjang di Istanbul

Jangan lupa beli roti ni..ini antara makanan wajib kena try bila di Istanbul

Tram di Istanbul









At Baklava shop

Beli token utk naik tram..







At Sultanahamet Station..From here, boleh melawat Hagia Sophea, Blue Mosque dan Istana Topkapi
Kat Istanbul banyak jual jagung bakar.Pernah terkena sekali beli tapi dpt jagung yg keras..hehe.terus serik xnak beli dah.

Ni plak abg sado jual roti..hehe..jgn beli roti warna coklat yg lubang besar kt tengah tu sebab keras. beli yg jenis bun biasa ok..
Terjumpa dgn student Malaysia yg study di Istanbul.apelagi masing2 tukar no phone la..

kat sini lah tempat pemgeboman tu berlaku..lebih kurang 200m je dr Blue Mosque





Blue Mosque


Masjid Sultan Ahmed (Sultanahmet Camii)atau Blue Mosque dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin-jubin biru menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Dibina pada tahun 1609-1616 oleh Sultan Ahmed I. Sultan Ahmed I membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina oleh kerajaan Byzantine iaitu Constantinople. Hagia Sophia berada satu blok sahaja dari Masjid Biru. Asalnya Hagia Sophia dulunya adalah Gereja Byzantine sebelum Turki jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453 M . Sehingga sekarang Masjid Biru masih digunakan sebagai tempat beribadah dan juga dibuka utk pengunjung. Cuma nak masuk pengunjung kenalah mematuhi etika pemakaian iaitu kena bertudung/ berselandang..kalau yang pakai skirt pendek dan menampakkan aurat tu balutlah badan dgn kain sarung..hehe





Di depan pintu masuk Blue Mosque.Masuk percuma..sini pun bnyk kedai jual souvenir tapi hrga mahal sikit










Ottoman and Islamic architecture building style of Blue Mosque
nasib baik kami dtg awal, kalau tak beratur jugak nak masuk dlm masjid ni









































































Suasana dalam Blue Mosque..MashaAllah, cantik sugguh..

 

















Jubin2 biru menghiasi ruang dalaman Blue Mosque



















orang dah beratur panjang nak masuk ke dalam masjid..nasib baik kami dtg awal..























Souvenir shop di luar Blue Mosque.Shawl di sini cantik-cantik..Menyesal tak beli bnyk-banyak..

































Hagia Sophia

Hagia Sophia ni antara tempat yang wajib dikunjungi kalau ke Istanbul which is 300 meter dari Blue Mosque. Pada asalnya, Hagia Sophia ni ialah sebuah gereja yg terkenal pada zaman pemerintahan Byzantine iaitu dibina oleh Constantine. Pada tahun 1453, kerajaan Byzantine kalah di tangan kerajaan Turki Uthmaniyah, di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Muhammad II (terkenal dengan jolokan Al-Fatih iaitu sang penguasa/sang penakluk). So, Hagia Sophia diubah daripada gereja ke masjid. Semasa Perang Dunia 1 (1922), Kerajaan Turki Uthmaniyah jatuh ke tangan puak Gerakan Muda Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal Attartuk, Semasa pemerintahan Attartuk (sekular), semua masjid di Turki ditutup dan diharamkan juga azan dalam bahasa Arab melainkan dalam bahasa Turki. Hagia Sophia pula diubah daripada masjid ke muzium sehinggalah sekarang. 




Hagia Sophia


Di depan pintu masuk Hagia Sophia..pukul 2.00 ptg baru dibuka pada hari pertama Raya Haji

Terjumpa these two little girls..comel sngt..




Bergambar depan pintu masuk je..rugi tak dapat masuk







Rest kejap minum Turkish Tea..sejuk2 minum teh panas mmg kick..ehhe

Abang berjanggut kt belakang ni ape hal..hehe
































Orang dah mula beratur nak masuk ke Hagia Sophia.ramai giler..


Bosphorus Cruise


Bosphorus cruise pun antara perkara wajib yg kena naik kalau bercuti di Istanbul. Kalau naik cruise di Bosphorus, kita dibawa melawat Bosphorus Bridge dan Selat Bosphorus iaitu selat yang memisahkan negara Turki kepada kawasan Asia dan Eropah.
Cara untuk naik Bosphorus Cruise:
Naik tram sampai ke Stesen Eminonu. Di Eminonu akan ada kaunter untuk beli tiket Bosphorus Cruise. Pastikan beli tiket di kaunter tiket Sehir Hatlari. Jangan sesekali beli kat orang-orang kat tepi jalan especially di kawasan Masjid Biru, Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Kat situ memang akan jumpa banyak org Turki yg jual tiket cruise.Mereka akan jalan2 dan pusing2 cari pembeli.Berhati-hati takut kena tipu dan lagi satu harga yg dijual lagi mahal compare beli di kaunter.Yang paling tak best bukan tiket cruise yg dijual tapi tiket feri..hehe..Itulah yg terkena pada kami sebabnya husband beli tiket dgn mamat Turki di didepan Hagia Sophia.Dahla kena tunggu hampir 2 jam nk cukupkan orang, yang geram tu feri kecil yg kami naik..bila kena ombak mau tak goyang..nak termuntah pun ada..hehe..so, hati-hati ye korang..


Inilah rupa cruise yg kami naik..Feri Bosphorus namamnya..ehhe

kacang yg abang Turki ni jual sedap. Macam-macam jenis kacang ada..beli buat kunyah dalam feri..hehe


Humaira kesejukan..mengantukpun ada..
























Cuaca gloomy and sejuk..macam nak hujan pun ada..

Dalam cruise ni boleg duduk mana2 yg kita suka..




ada small cafe dlm feri..jual coffee and Turkish Tea..










Blue Mosque/Masjid Biru/ Sultanahamet Camii




Bosphorus Bridge

Humaira dh mula bosan dan merengek..nasib baik kami amibil pakej yg 45 minit je..tu pun dh rasa lama..



Kebab ikan ni sedap giler..jual berhampiran tempat kami naik Bosphorus Cruise td..Serious kena cuba..

Kat tempat ni je kebab ikan yg paling sedap. Pernah beli kt tempat lain tapi rasa kurang kick..

Bahan yg diguna xdelah susah sngt pun..buat sendiri kt rumah pun boleh.Cuma fish fillet yg digunakan tu tak tahu ikan ape..manis dan fresh je rasa..


Fish Kebab ni sngt marvelous..cukup segala rencah dan rasa..huhu..rindu nak makan lg..

Dah habis tour, perut kenyang, mata mulala mengantuk..dahla cuaca sejuk..huhu..apelagi balik hotel rehat kejap..





Actually, naik Bosphorus cruise ni seronok sebenarnya..since aku ni jenis mabuk laut dan penakut sikit, so agak tidak enjoy je sepanjang tour tu.Kepala pening dan nak muntah pun ada. Maybe sebab cruise yg kami naik tu just feri je, so bila kena ombak memang goyang-goyang la sikit feri tu..Bosphorus tour ni ada bnyk jenis, ada pakej utk 1 jam, 2 jam and full packages..full packages not sure tour cover sampai mana. Kalau ada masa lebih tu, bolehla ambil pakej yg lama..kalau yg tak cukup masa, ambil pakej seperti yg kami ambil pun ok juga..45 minit pun dh cukup kot..nanti lama2 dalam tu bosan jugak sebenarnya..serious, 45 minit pun aku dh rasa lama giler..hehe..pakej yg kami ambil start pukul 2.00..so lepas habis tour tu hari dh nak masuk petang dan hujan plak renyai-renyai. Apalagi ambil taxi je balik hotel sebab nak jalan ke train station agak jauh..Masa mabil taxi kat sinilah kami kena paw dgn pemandu taxi Turki yg agak panas baran tu..Hubby dh bagi duit cukup utk tambang tapi boleh pulak dia kata my hubby bagi duit tak cukup..huhu..Takpe, itu urusan dia dengan Allah..nak gaduh2 kt negara orang ni tak proper plak kan..makan duit haram tahulah apa akibatnya..



Bosan duduk dlm bilik, lepas isyak kami keluar balik nak tngk ape yg best di sekitar Fatih..

Kami turun di sation sebelum Sultanahamet Station..dh lupa ape nama that station

Banyak old building..kat sini lebih kurang mcm Old Town..bila waktu malam tak happening sngt.


ni pun one of the history jugak..not sure ape nama tower ni..




Kat area ni mmg bnyk souvenir shop..harga pun ok..tapi kena tawar-menawar sikit..ada penjual sini boleh cakap melayu..hehe

Ok, kalau jumpa org Turki yg pakai costume ni, janganlah pergi dekat..bila dekat nnti diaorang akan tarik kita bergambar..

Bila dh bergambar nnti dia mintak duit suruh bayar..hampeh..hehe..

Pakai camera cap ayam mcm nila..gegar dan tak sharp langsung..sia2 je bayar kt diaorang..huhu




Dah penat pusing2 kami balik hotel..penat sehari suntuk berjalan..esok nk sambung lagi..


last train pukul 10.30 mlm..nak tak nak kena balik juga..nak jalan kaki pun boleh kalau larat..dalam 3 km je .hehe








Kedai yg kami selalu makan kebab..dh nak tutup..



Nak tahu ape aktiviti kami di Istanbul pada hari seterusnya, anda boleh check di sini..----->>>istanbul-aku-datang-part-2


4 comments:

  1. Alhamdulillah terjumpa blog ini.. dapatlah info untuk ke Istanbul 10-17 Sept nanti.. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq visit my blog..jangan lupa try kebab ikan (ekmek kebab).enjoy ur day at Istanbul.:-)

      Delete
    2. seminggu lagi nak pegi... kene try kebab ikan tu.. hehe...

      Delete
    3. seminggu lagi nak pegi... kene try kebab ikan tu.. hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...