Monday 18 April 2016

The Longest Euro Trip We Ever Have: Tips dan Persediaan Yang Perlu


Tips dan Persediaan Sebelum Bercuti - 


Assalamualaikum to all my readers..lama sy tak update new entry kn..hehe..maklumlah badan pun letih-letih lagi after two weeks travel non stop awal bulan 3 yang lepas. Kiranya mood dan angin travel tak hilang lagilah smpai sekarang.hehe..Tapi, gagahkan diri juga mengadap laptop utk update pasal percutian kami yg lepas. Kan lama-lama simpan kan jadi pekasam.,Lagipun bulan puasa dh nak dekat, makanya kena siapkn sebelum tibanya bulan Ramadhan. Bulan yg mulia dan penuh barakah ni kita kenala perbnykkan amal ibadat dan kurangkan activiti2 yg melalaikan..hehe..

Back to the point, our trip kali ni adalah yang paling lama yang pernah kami buat dan yang paling lama persediaan dibuat. 2 minggu travel beb, of course memerlukan persediaan yang rapi sebab ia melibatkan kos yang tinggi. If you travel alone and backpackers, itu lain cerita la kan. Bila travel bersama anak kecil/ toddler, bnyk benda yg kita kena consider. Cost and budget akan jatuh pada no.2 and your priority sekarang ialah keselesaan sebab bila anak tak selesa, you all juga yg akan susah nnti.So, utk trip yg ni, 2 bulan saya ambil masa untuk plan start dari cari accomodation, survey tempat-tempat yang menarik, makanan halal dan yang paling penting sekali ialah ITENARY untuk 2 minggu percutian. So, this entry agak wordy sikit la. Kalau taknak baca, sila scroll laju2 okeh..hehe



THINGS TO DO 2 MONTHS BEFORE:

Biasa isteri akan serahkan bulat2 pada suami utk uruskan urusan percutian kn?biasanya si isteri bila suami cakap nk pergi vacation, maka bersoraklah sampai terlompat-lompat.Apa yang ada dalam kepala, baju apa nk bawak, nak belit tudung mcm mn, nak bawa kasut berapa pasang dan nak posing mcm mn biar dalam gambar nnti nmpk cantik dan kurus.hehe..(tulis berdasarkan pengalaman sebelum ni..hehe).Jangan begitu beb, sila rancang percutian anda sama-sama supaya percutian itu akan memuaskan hati dua-dua pihak dan lebih bermakna.

a) Survey Destinasi Menarik/Tempat Percutian - SUAMI ISTERI
Survey sama-sama tempat-tempat menarik yg boleh dilawati.Macam kami suka buka FB: The World utk dapat idea tempat-tempat  yg menarik. Boleh juga beli majalah traveler atau check di blog yg banyak travel. Rujukan saya bnyk dari blog KAKI BERANGAN. Boleh juga survey melalui Trip Advisor (install terus ke smartphone).

b) Survey Tiket (at least 3 months before)- SUAMI
Dah dapat destinasi utk bercuti?so, bolehla book tiket lebh awal sebabnya harganya jauh lebih murah. Urusan pembelian tiket biasanya saya akan serahkan pada suami sebab dia lagi arif . Cuma sebelum buat payment, my husb akan bagi pada saya details harga utk setiap airlines yang ada based on our budget, times and condition... Biasanya kami prefer SAUDI AIRLINES, TURKISH AIRLINES, ETIHAD, QATAR dan EMIRATES.Tetapi utk trip yg ni kami pilih LUFTHANSA since airlines yg disebutkan tadi semuanya mahal dan timing juga tidak cantik seperti yang kami inginkan. Plus, Lufthansa juga ada provide muslim meal dan yang penting,  transit sekali sahaja iaitu di Frankfurt sebelum ke Ireland. Frankfurt ke Ireland  hanya mengambil masa 1 jam 30 mintes. Tapi yang tidak bestnya, Lufthansa hanya benarkan 23kg (weight of check in luggage) utk setiap passenger compare dengan SAUDI Airlines which is 60 kg (30 kg/luggage)..no choice la kan..so pejam mata kami ambil juga Lufthansa..it is worth and well planned..muahaha..Kat bawah ni saya listkan tips yang berguna yang boleh di praktikkan untuk dapatkan tiket flight dengan harga yanglebih murah.Actually sy baru je jumpa this link after comeback from vacation..huhu..agak rugi juga tapi no worries, still berguna juga nanti. Apapun credit diberikan kepada  kakikujalanjalan.blogspot.com for the nice and useful info. Credit also to blogger ohsem.la. Halalkan saya untuk copy balik di sini untuk memudahkan saya mencarinya nanti bila perlu dan juga untuk my readers..hehe


Tips Beli Tiket Flight Murah


1. Tempah Hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai 'hari kurang sibuk' untuk sistem
tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.


4. Cari 'Best Deal' Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan 'lapangan terbang utama' bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang 'kecil' yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang 'Cookies'Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan
terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Kredit: kakikujalanjalan.blogspot.my


c) Buat Itenary - ISTERI
Perkara penting yg anda perlu fokus seterusnya ialah ITENARY. Penyediaan itenary husband serahkan pada saya 100%. Macam mana nk buat ITENARY?Benda yg pertama yang kena ada ialah you MUST have STARTING POINT (destinasi pertama yang dituju) dan END POINT (destinasi terakhir). Base on map kat bawah ni, our starting point ialah Dublin, Ireland dan our endpoint ialah London, United Kingdom. Kalau percutian melibatkan lebih 1 buah negara, kindly check how to cross between the two countries. Sama ada by flight, train, bus, atau drive sendiri. Kalau melibatkan 2 negara yg dipisahkan oleh lautan, no choice kena naik flight, then you have to book the ticket first.Contohnya, after Ireland, destinasi kami yang seterusnya ialah Edinburgh, Scotland, so kami book tiket (RYANAIR-low fare airline) siap-siap. Other alternative boleh naik feri utk ke Edinburgh tapi lama (4 jam). Plus harga tiket feri pun lebih kurang sama je dengan harga tiket flight. So, buat ape nak bazirkan masa kan..hehe..Tapi sebelum tu kami dah ada roughly idea how long we will stay at Ireland dan tempat-tempat yang wajib dilawati then baru boleh decide untuk utk ke Scotland..



Europe Trip Journey


Google Maps
Macam mana sy buat Itenary? Details itenary utk setiap destinasi/ negara saya akan share di setiap entry after this.Tapi, tools yang sy bnyk guna ialah GOOGLE MAPS. After listkan tempat-tempat menarik yg ada, sy akan check through google maps how to reach there..Either buy bus, by train or by foot. So, waktu ni you all boleh agak masa yang perlu diperuntukkan utk setiap tempatyang dituju bagi memudahkan untuk book hotel nanti. Masa ni juga, you all akan dapat tentukan keperluan sewa kereta dan travel pass/ visitor card. Incase destinasi yang dituju memerlukan anda naik public transport yang kerap, better beli terus travel pass/visitor card sebab ia sngt menjimatkan wang dan masa. Incase destinasi yang dituju jauh drpd tempat penginapan, senang cerita sewa sahaja kereta berdasarkan keperluan hari. Seriously , google maps sngt membantu kami sepanjang 2 minggu bercuti di luar negara.


d) Book Hotel -(SUAMI)
Macam biasa kami akan check price hotel melalui Booking.com dan Agoda.Which website yg lagi cheaper?Tak tentu, kadang-kadang booking.com lagi murah dan kadang-kadang agoda.
Ada satu masa kami dpt bilik dengan harga yang murah bila book tngh-tengah malam.Bila check balik esokkannya, harga dah naik..So, bergantung pada nasib juga.hehe..Basically, kalau weekend dan peak season atau public holiday, hotel-hotel di Eropah akan berganda naik harga. Apa yang kami buat ialah kalau hari weekend (Sabtu/ Ahad) kami akan stay di motel then pada weekdays kami akan pilih hotel..kena bijak dan letih sikit kalau nk save duit kan..huhu. Motel di Eropah tak sama dengan motel di Malaysia ok. jauh panggang dari api..ehhe..motel pun dh selesa sangat cuma katil je yg kecik sedikit dan ruang bilik air yg agak sempit.Overall, selesa utk kami 3 beranak. Lagi satu, untuk selamat pilih hotel yang boleh refundable.Incase kalau nak ubah penginapan atau destinasi last minute nnti, tak perlu pening atau pitam wang hangus macam tu je..



THINGS TO DO 1 MONTHS BEFORE:


a) Mohon VISA

Untuk melancong ke negara-negara Eropah, pass kemasukan atau VISA tidak diperlukan. Pemegang passport Malaysia juga sangat bertuah sebab boleh masuk banyak negara di dunia tanpa memerlukan VISA. Tetapi, ada juga negara tertentu yang memerlukan kita memohon visa sama ada untuk bercuti ataupun urusan perniagaan. Untuk lebih details negara mana yang memerlukan VISA, uolls boleh klik di sini senarai-negara-yang-memerlukan-visa. However, berlainan pula dengan kami which is memang kena apply visa setiap kali hendak keluar bercuti ke luar negara. Sebabnya ialah kami sekarang sudah menetap di Arab Saudi dan mempunyai Iqama (kad pengenalan Arab). Therefore, tiap kali nak keluar dari Arab Saudi mahupun nak balik bercuti ke Malaysia sekalipun, adalah wajib untuk dapatkn Exit dan Entry Visa which is sekeping kertas putih bercetak. Kertas ni nanti kena tunjuk di bahagian imegresen bersama-sama dengan passport utk dptkan cop. Menurut my husb, kalau takde visa ni kami still boleh keluar dari Arab Saudi TETAPI, bila nak masuk balik NO..huhu..sebab tu klau nak keluar bercuti, VISA yang kami check dulu.hehe..

a) Rental Car (SUAMI)


Selesaikan urusan sewa kereta (jika perlu) secepat yang mungkin. Perlu diingat di Europe, satu kemestian utk sewa car seat kalau your travelling group ada baby atau toddler. Undang-undang di sana sangat strict compare di Malaysia. Boleh juga sewa sekali dengan GPS tapi extra charges la kan.Nak jimat bawak GPS sendiri but make sure update siap-siap Europe maps.Takkan Malaysia punya peta  nak bawa guna di UK..hehe. Biasa suami saya akan sewa kereta di Europe Car. Jangan lupa print bukti payment atau invoice dan bawa masa nak pick up kereta nanti. Driving License:  Malaysia punya lesen kereta boleh diguna pakai di Eropah. Tak perlu convert ke international driving permit (IDP) atau dengan senang nak faham lesen malaysia convert ke bahasa English. Cuma pastikan lesen kereta tidak tamat tempoh..Tapi ingat, tidak semua negara Eropah terima kita punya lesen memandu. Untuk lebih kepastian, tanya rental car atau tanya terus call kedutaan Malaysia tempat yang you all nak bercuti nanti. Incase kalau kena buat IDP, ni sy ada sertakan cara macam mana nak buat.

(Sumber: KAKI BERANGAN)

  1. Mempunyai lesen memandu yang sah. 
  2. Pegi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan sendiri. 
  3. Bawa dokumen seperti 1 keping gambar passport, 1 salinan kad pengenalan, 1 salinan lesen memandu yang tarikh luputnya adalah lebih dari 1 tahun. 
  4. Isi borang yang diberikan oleh pegawai JPJ di kaunter sebelum amek nombor giliran. 
  5. Pegi ke kaunter dan serahkah borang dan dokumen diperlukan. Bayaran untuk IDP ni adalah sebanyak RM150 sahaja dan sah untuk tempoh 1 tahun. 

b) Travel Pass/Visitor Card

This part sngt penting if you travel in Europe country since public transport kat sana sangat efficient terutamanya di bandar-bandar besar seperti London. Untuk menjimatkan masa dan wang, adalah dinasihati untuk membeli visitor pass/ travel pass card if your vacation banyak menggunakan public transport. Basically, ada 2 jenis pass utama yang boleh dibeli pelancong yang bercadang untuk bercuti di London iaitu Oyster Visitor Card dan Travel Card. Untuk trip yang ini, kami memilih untuk membeli London Travel Card which is bought through online (VisitBritainShop) as this 7 days Travel Card hanya boleh dibeli melalui online sahaja. Thats why uolls kena plan betul-betul sebab nak dapatkan Travel Card ni sahaja dah mengambil masa 2-3 minggu (directly pos daripada Britain). Tapi, sebelum beli tu. kenalah study betul-betul yang mana satu pass yang lebih menjimatkan dan memenuhi keperluan..

Bus & Tram Pass
Weekly or monthly season ticket for bus and tram only. Not recommended untuk pelancong sebenarnya sebab in London,  you will travel a lot with underground train rather than bus and tram sebab lagi jimat masa dan murah. Kenapa beli pass ni ek?Tak boleh ke nk bayar cash je terus pada driver nnti?It is not possible to do that since zaman dah canggih sekarang dik non..hehe..Dah takde sistem macam tu pada zaman sekarang. huhu



Oyster Visitor Card

An electronic/smart card that you top up with credit (more likely Touch n Go card). It is really worth to buy this card if you are staying in the centre of London for more than 1 day, and yet you still don't have contactless card. Basically, banyak tourist akan beli Oyster Card sebab senang, which is just touch the card on the card reader then go. But make sure, your card ada credit la..hehe..Yang agak leceh bagi saya ialah kita kena top up kalau credit tak cukup. How to top up? Boleh top up sendiri di ticket machine di setiap underground station atau di counter. 

Note: Oyster Card can be used between all stations bounded by the red broken line (refer London Tubes Map) but NOT including travel on: • Southeastern high speed,Heathrow ExpressHeathrow Connect between Hayes & Harlington and Heathrow Airport. Fare payable is subject to the time and day when first ‘touched in’ Zone(s) travelled in and through, and mode(s) of travel used.

Contactless bank card

London Visitor Card (Oyster Card)

Travel Card

A Travel Card provides unlimited travel for 1 day or 7 consecutive days (or one month or a year) for the combination of travel zones purchased.  Bear in minds that Travel Cards are valid on London Underground (the tube), London Overground, buses, night buses, the Docklands Light Railway, trams, and National Rail (but not the Heathrow or Gatwick Express). Beza Oyster Card dengan Travel Card ni ialah kalau Oyster Card ialah you have to top up everytime credit balance tak cukup, tapi kalau Travel Card no need to worry about credit balance and so on..just make sure you are in the right Zone (Refer London Tubes Maps). Lagi satu, Travel Card ni lagi murah dari Oyster Card kalau uolls duduk seminggu atau lebih di London. Katakan pula uolls hanya stay sehari sahaja di London, jangan pening dan risau fikir nak beli kad yang mana satu sebab One day Tavel Card juga available. Travelcards prices start at £12 (1 day, zones 1-4). A 7-day Travelcard covering Zones 1-6 will cost an adult £58.60 - only worth it if you will be using the transport system across a variety of Zones, hopping on and off a lot of trainsFor further info macam mana nak pilih zone and purchase Travel Card, boleh check di sini  dan di VisitBritainShop
Benefits of Travel Card:
  • Unlimited travel: the Travelcard gives you unlimited travel on London's public transport network.
  • No queuing: while other visitors wait in line at the train station with their heavy bags, you'll be ready to travel as soon as you arrive in London.
  • Low prices: a Travelcard is great value, and you get a discount on the Thames Riverboats and Emirates Air Line cable car.

Contoh 1 day card dan 7 days travel card di London



NOTE: You cannot buy a 7 Day Travelcard once you get to London. It can only be bought in advance (online). If you buy a 7 Day Travelcard in London, it will be loaded onto an Oyster Card instead. An additional £5 deposit will apply.

c) Check and Book Awal Attraction yang Perlukan Tiket Masuk

Yang ni applicable sangat-sangat untuk group travel yang ada baby/ toddler, anak ramai dan juga yang bawa mak ayah bercuti. Adalah sangat digalakkan untuk book tiket secara online sekiranya anda bercadang untuk masuk ke tempat yg memerlukan tiket bagi mengelakkan drpd kena beratur panjang.Sebagai contoh, 1 months before travelling date kami dh book siap-siap tiket ke Book of Kells (Ireland), Edinburgh Castle ( Scotland) dan Harry Potter Warner Bros Studio (London). Sampai je sana, just show printed invoice then terus je masuk ala-ala VIP.haha..bukan apa, ada anak kecil plus musim sejuk nak beratur lama-lama memang menyiksakan bagi kami..nak jimat masa satu hal sebab boleh melawat tempat lain lagi kan..

THINGS TO DO 2 WEEKS BEFORE:

1) Pakaian 
Make sure bawa pakaian yg sesuai dengan weather tempat yang dituju.Kalau musim winter, tak perlu bawa pakaian yang banyak sebab musim sejuk pakai baju yang sama 2-3 hari pun takde bau. Jangan lupa long john atau thermal wear utk anak-anak dan yang tidak tahan sejuk.Kalau summer bawa baju nipis-nipis dan lebih sikit sebab cepat berpeluh dan cepat bau.Jangan lupa bawa kasut yang selesa utk berjalan. 

2) Ubat-Ubatan
Prepare siap-siap ubat utk anak seperti ubat batuk, demam (liquid dan ubat masuk punggung), minyak panas (Teflon dan Yuyi), First Aid Kit (plaster, minyak gamat, ubat luka, bandage, cotton wool), panadol Extend, Panadol Actifast dan etc. Macam saya, sy asingkan siap-siap ubat demam, minyak Yuyi/Teflon dalam satu bag kecik bawak masuk handcarry bag.Nanti dalam flight anytime je boleh ambil incase kalau perlu dan dinasihatkan kalau dalam flight anak tiba-tiba suhu naik, bagi ubat demam yang masuk ikut punggung sebab ubat tu lagi cepat melegakan demam..cuma ubat tu akan bagi effect berak cirit sikit..

3) Stok makanan
Walaupun makanan halal senang nk dapat di kebanyakan negara Eropah, adalah sngt penting utk bawa stok makanan seperti instant noodles, instant rice, sambal bilis kering, atau ape-ape yang senang utk dibawa dan dimasak. Sebabnya, makanan halal di Europe harganya agak mahal terutamanya di Ireland dan Scotland. Plus, musim sejuk ni perut mmg cepat lapar. so sediakan makanan ringan yang sesuai sebagai kudapan semasa dalam kereta atau train.

4)Peralatan untuk Solat

Bila travel di negara Eropah, masalah utama utk pelancong Muslim ialah apabila nak mengambil wuduk since toilet kat sana tiada pancur air (unless you all solat di masjid). Nak ambil wuduk satu hal, nak mencuci bila buang air besar dan air kecil satu hal juga kn.So, apa yg sy buat sepanjang travel ialah bawa spray air kecik yg biasa kita guna untuk spray kain waktu nak iron baju tu..Pakai botol air mineral kecil pun boleh tapi bila pakai bottle spray air ni air lagi senang nk ratakan..Nak membersih bila buang air besar dan air kecil pun tiada masalah..hehe..Jangan lupa juga sediakan kompas untuk tentukan arah kiblat dan juga sejadah kecil lipat masuk dalam bagpack.Kain telekung perlu ke tak?
Bagi saya tak perlu, sebab uolls boleh solat tanpa telekung as long as baju yang dipakai tu menutup aurat dan tidak ketat.Yang perlu bawa sarung kaki dan hand sock sahaja..Kalau waktu winter lagi senang nak solat sebab kita boleh solat terus dengan winter coat yg besar gedabak tu..ehehe



Water spray utk ambil wuduk 

1 WEEK BEFORE

1) Check dokument penting yg nak dibawa terutamanya passport, tiket flight, ubat-ubatan, pakaian, stock makanan. Jangan lupa kamera dan pastikan bawa sekali charger dan kelengkapan lain utk ambil gambar.Make sure ubat-ubatan utk anak atau diri sendiri di masukkan siap-siap dalam luggage dan juga asingkan sedikit letak dalam handcarry bag.

2) Ready to FLY...hehe




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...