Sunday 24 April 2016

PS I LOVE YOU: Dublin, Ireland


Assalamualaikum semua...lamanya tak blogging sejak balik dari bercuti bulan lepas.Malas tu tak tahu la nak cakap mcm mana.Lepas balik bercuti, kami suami isteri memang busy betul dgn urusan visa utk bawa mak ayah datang ke sini. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, visa mak ayah dah approved oleh kerajaan Arab Saudi. So, bolehla mereka datang tinggal dengan kami di Yanbu utk 2 bulan..Syukur Alhamdulillah..Makanya, hari minggu kami sentiasa terisi dengan aktiviti mengemas bilik belakang yg mmg dah jadi macam bilik stor dah.Hehe..penuh dengan kotak dan barang mainan Humaira.

Ok, dah habis pasal tu, now back to the point..as i mentioned in previous entry, my trip last time ialah 14 hari.wuhuu..memang best giler tak tahu nak cakap macam mana,Our first destination ialah Dublin, Ireland. Sebab utama kami memilih Ireland ialah sebab my husband ni peminat filem PS I LOVE YOU.Punyala suka dia dengan movie tu sampai beria-ria ajak aku pergi sana tgk lokasi shooting filem tu. Apelagi, layankan je sebab bila check di internet tempat tu memang superb lawa..

1) DETAILS JOURNEY/ COST:
Yanbu--->Jeddah (Taxi) = SAR500
Jeddah--->Frankfurt ---> Dublin (LUFTHANSA) = SAR7,755 (2 adults 1 toddler, include tax, return)

2) RENTAL CAR:
Pick up date: 4 March
Drop off     : 8 March
TOTAL COST: SAR 767 (include GPS and car seat)

3) ACCOMODATION
Aspect Hotel Park West, Dublin
COST : SAR498 (3days/2 nights)



Transit di Frankfurt selama 3 jam sebelum ke Dublin, Ireland

Humaira and Germany boy..Budak ni dgn mak ayah dia pun nak ke Ireland.same flight with us.

tengoklah betapa excitednya suami ku nak ke Ireland





Dua beranak ni ceria semacam padahal semalaman tak rehat dan tidur


Naik bus dalam 10 minit utk naik flight ke Ireland.KLIA jugak canggih sebab ada train..hehe


Sampai di Dublin Airport terus pergi ke rental car naik shutter van sebab jauh.free je naik shutter van tu


Hubby tengah setelkan urusan ambil kunci.Punyala lama nk siap.Hampir 2 jam baru dapat kunci. Mula-mula dapat kunci, kereta pulak problem (plug utk sambung GPS rosak), 2 kali punggah luggage..teruk jugakla servis kt sini
Alhamdulillah, masa ni dah menuju ke hotel.Cuaca memang sejuk sangat. Menurut pemandu shutter van yg kami naik tadi, snow baru je turun pagi tadi di Dublin..patutla sejuk semacam je..huhu

Di Ireland, sistem pemanduan lenih kurang sama di Malaysia. 

Masa ni dh petang..around 4 pm.tak bnyk gambar yg di ambil sebab badan letih sangat

ok, dh nampak dah hotel kami, belah kanan tu..hehe..

Kesian Humaira keletihan dan kesejukan..letak kejap atas sofa sementara nak check in bilik hotel

View dari bilik kami, hari pun dh nak senja..

Nampak tak salji di puncak mountain tu?yuhuu..tak sabar nak explore Dublin.first day kita rest cukup-cukup.

Wicklow National Park



Hari ke-2, kami di Dublin,destinasi pertama kami ialah Wicklow National Park which is around 30 minit sahaja dari hotel.Wicklow National Park ni sangatla famous sebabnya filem PS I LOVE YOU shooting kat sini. Kalau you all pernah tengok movie tu, mesti tahu kan. Kalau tak tahu, silalah tengok di you tube. Hehe. Cuma kalau nak ke sini, sila rancang awal-awal perjalanan dan buat back up plan. Sebabnya, cuaca di Ireland ni tidak menentu, which is 80% sentiasa hujan, tidak kiralah musim panas apatah lagi musim sejuk..Boleh dikatakan Irish land ni cuacanya lembap sepanjang tahun (menurut cousin yg study di Dublin). Thats why, kalau you all plan nk bercuti di Ireland, perkara pertama yg perlu take into account ialah hujan..so, memang kena sediakan raincoat dan umbrella. Di Dublin ni kalau nak tahu mana-mana kedai ada jual raincoat dan umbrella.
Waktu first day kami sampai di Dublin, cuaca memang tak ok,dengan suhu sejuk, hujan dan snow lagi. Memang gloomy je sepanjang menuju ke hotel.So, sy dah fikir siap-siap kalau esoknya cuaca still macam tu, memang kena cancel plan nak ke Wicklow.Kalau pergi pun for sure tak dapat menikmati pemandangan yg cantik2 plus agak risky since jalan akan licin.Alhamdulillah, bangun pagi tu cuaca ok dan takde tanda-tanda nak hujan.Cepat-cepat kami laki bini bersiap dan mandikan anak masuk dalam kereta.Kan lambat takut hujan pulak..huhu

TIPS:
1) Sediakan payung dan raincoat
2) Pakai kasut kalis air dan tapak yg rata
3) Pakai baju tebal dan sarung tangan (sejuk menggigil atas puncak nanti)
4) Datang dengan kereta lagi senang. Tak sesuai utk jalan kaki sebab National Wicklow sangat besar
5) Jangan datang waktu petang. Datang sebelum pukul 3 sebab kemungkinan utk hujan adalah tinggi         pada waktu petang




Muka ku yg ceria dan tak sabar nk explore Dublin.hehe


Breakfast dgn chocolate je anak mama..bagi makanan lain semua taknak


Actually 1st day dan 2nd day kami di Dublin Humaira kena batuk dan selesema yang agak teruk..nasib baik ada bawa ubat 


Dia punya moody kasut pun xnak pakai..stokin pun dicabutnya..huhu


Jalan menuju ke Wicklow National Park. waktu ni pukul 9.30 am.
Boleh nmpk Dublin city on the way ke puncak. Waktu ni gloomy je sepanjang perjalanan

Sepanjang menuju ke Wicklow view memang cantik. Stop sekejap utk ambil gambar







Ni dah dalam area Wicklow National Park tapi bahagian bawah..

Macam tak pernah jumpa salji je minah ni..hehe

hehe..punyala bnyk gambar dia di tempat yang sama..












Route yg akan kami lalu utk ke Wicklow,sebenarnya ni dh dalam area Wicklow National Park tapi bahagian bawah.

Kat area bawah ni jalan 2 lane lagi..jalan pun tak sempit sangat.
sambung balik perjalanan, waktu ni jalan dah jadi 1 lane, tapi still muat untuk 2 kereta lalu
Kami stop lagi utk bergambar..kali ni suami yg terlebih excited,biasa dia marah benar kalau bini dia suruh stop nak bergambar.hihi

Tengoklah betapa gembira dan puas hatinya muka mamat ni..hehe

macam tak pernah jumpa snow je..hehe

Kalau nk stop utk bergambar kena cari tempat yang sesuai.jangan main stop je..

berlayer-layer jalan kat sini..jalan raya pun wet je..






















Actually, the main interest of tourist datang ke Wicklow National Park ialah utk sampai di Sally GapGuiness Lake (Lough Tay) dan Glendalough. So, kalau datang sini tidak bergambar di tempat-tempat yg dinyatakan tadi memang tidak complete lah you all punya trip ke Wicklow National Park.hehe..Movies such as PS I LOVE YOU, Braveheart and some TV programmes such as Vikings were filmed around Sally Gap because of its spectacular views. Our target juga nak cari jambatan yg famous dalam filem PS I LOVE YOU which is tempat Holly and Gerry jumpa sebelum diaorang  start couple, konon-kononnya nak bergambar kat situlah..Intai punya intai takde pulak..huhu..maybe kami salah masuk route ke ape tapi memang betul dah kalau ikut signboard ke Sally Gap.Punyalah frust suami ku padahal jambatan je pun..hehe


Signboard ke Sally Gap. Actually kami pun tak sure mana starting point and ending point of Sally Gap.Tanya orang2 yang ada kat situ diaorang cakap Sally Gap ialah laluan di sepanjang selepas signboard ni..hehe..

The famous bridge of PS I LOVE YOU. Masa kami datang memang xde bunga-bunga  warna ungu ni sebab dilitupi snow.. Thats why tak perasan bridge ni kot.. hehe (Source: tolongedecasa.com)


Lough Tay (Guiness Lake) di Sally Gap, Wicklow. 

Lagi best kalau boleh turun dekat tasik ni tapi kami tak pergi pun sebab suhu sejuk yg terlampau dan tracknya yang licin.



Ada Irish yg tolong snapkan gambar kami berdua..yuhuu..sejuk beb sbb tu peluk-peluk ni.hehe
padan muka suami ku tak pakai glove.kan dah mengigil sejuk.hehe

nak ambil gambar kena buka glove rasa sejuk giler..kram sekejap tngn..hehe

My turn pulak utk posing..yuhuu..

Waktu ni Humaira dalam kereta sebab batuk dan selesema.Keluar dari kereta pun tak nak..Apalagi maknya posingla puas2..

Sejuk-sejuk pun tahan kan je..Nak datang lagi entah bila kan..hehe







Gloomy yang amat dan sejuk betul kat sini..kiri dan kanan memutih dengan salji




Bila turun ke bahagian bawah mula nmpk awan dan cuaca pun elok la sikit compare kt atas tadi.

MashaAllah cantiknya ciptaan Allah S.W.T..

Dari Lough Tay kami teruskan perjalanan utk ke Glendalough..Sebelum tu stop lagi utk bergambar.hehe








































Lari bang jangan tak lari..hehe
















Sambung balik perjalanan..main redah je ni..hehe



























































































Meneruskan perjalanan utk ke Dublin City..huhu..tak puas duduk dalam ni even though suhu sejuk mengigil

On the way nak keluar dari Wicklow National Park jumpa banyak ladang ternakan biri-biri..untunglah biri-biri ni.hehe

Gemuk-gemukla sheep kt sini..

pekan kecil di Wicklow

Seriously, Wicklow National Park sangat best dan bagi yang suka hiking dan nature photography recommended sangat utk datang ke sini.Cuma jangan la datang waktu winter especially dari bulan December- March sebab suhu sangat sejuk dan jalan agak licin sebab diliputi salji. So, kalau nak hiking dan pergi ke Lough Tay (Guiness Lake) memang risky la sikit. Tapi dalam best tu kami upset sedikit sebab tak jumpa the bridge macam dalam filem PS I LOVE YOU dan tak sempat nak pergi ke Glendalough sebab kesuntukan masa since waktu tu dh pukul 1.00 tgh hari. Kalau ikut itenary, paling lambat kami kena keluar dari Wicklow ialah pukul 12.00 tngh hari sebab lepas tu nak explore Dublin City.Actually dalam WIcklow National Park ni banyak B & B (Bed and Breakfast) dan kebanyakan yang tinggal di B&B di sini ialah hiking groups. Next time bila Humaira dh besar sikit bolehla try tinggal di B&B dan hiking sekali..hehe. Anyway, dalam Wicklow National Park ada small cafe and minishop.So, kalau lapar atau dahaga bolehla beli coffee atau croissant tapi tanya dulu letak alcohol ke tidak sebab Irish ni suka sangat dengan alcohol sampai dalam hot choclate pun boleh letak..Hehe,,Dan lagi satu, dalam croissant pun sometimes diaorang letak LARD (lemak babi) so jangan malu dan segan utk bertanya. Irish people sangat baik dan really helpful.. So, next kami nak explore Dublin City plak. Nak tahu apa yang menarik di Dublin City, jangan lupa nantikan my next entry ye..ahakkss..hehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...