Tuesday 16 August 2016

Mencari Souvenir dan Makanan Halal di Dublin City


Sambungan daripada entry yang lepas ps-i-love-you-dublin-ireland., kali ni saya nk update berkenaan Dublin City pulak.Apa yang best pasal Dublin City ni? Yang bestnya ialah walaupun ianya bandar utama di Ireland tapi kepadatan dan kesesakannya tidak seperti di Kuala Lumpur dan orang-orang Irish sangat friendly and helpful.Bandarnya sangat tenang dan nyaman dan tidak serabut dengan kesesakan lalu lintas. Yang paling aku suka ialah orang Irish ni hormat dengan orang-orang muslim dan tidak pandang semacam la kalau tngk wanita-wanita yang berhijab macam aku ni..hehe. Masa kami di Dublin City tak banyak sebab our target pun bukan nak shopping just nak jalan-jalan dan cari souvenir sahaja. Plus masih banyak lagi tempat yang kami nak tuju lepas ni so tak nak beratkan luggage dgn barang shopping takut overweight plak.

Fakta Penting Mengenai Dublin, Ireland
- Menggunakan mata wang Euro
- Makanan halal senang nak dapat tapi agak mahal
- Fridge magnet di Dublin overall mahal (Euro3.50~4 sebiji)
- Cuaca sentiasa berubah kejap mendung dan kejap hujan
- Sentiasa sediakan payung atau raincoat




Kawasan perumahan di Dublin, masa nk hunting halal food around the city


Sian anak mama lapar ye..sedih sngt waktu ni sebab Humaira macam tak larat sebab selesama dan batuk..

Kami parking kereta around kawasan perumahan je tapi yg berbayar.Xdelah mahal sngt pun..jngan sesuka hati parking depan rumah orang ye..hehe







gambar sama di tempat yg sama cuma pose je sedikit berbeza..hihi

Alhamdulillah, jumpa juga destinasi yg dituju..boleh solat zohor dan jamak terus kat sini..


Berdekatan masjid ada Islamic Centre

Bersebelahan masjid ada restaurant Pakistan dan sebelah restaurant tu plak ada kedai runcit.
Kedai runcit ni jual barang2 halal. Macam2 ada dari bahan mentah hingga ke bahan kering. 


Order chicken beriyani sbb dah 2 hari dah tak makan nasi..Harga utk 2 set chicken beriyani and 2 hot tea 18 Euro..boleh tahan la sedap makanan kt sini tapi tak banyak pilihan..huhu


kesian anak mama badan tak sihat sebab selesema dan batuk..





Alhamdulillah, Humaira makan agak bnyk. Mungkin sebab lapar dan cuaca sejuk..syukur sngt2 lepas makan tu tngk mood dia pun ok dan badan pun macam sihat sikit..

After lunch dan solat, pusing2 sekejap di sekitar bandar Dublin.Since kesuntukan masa pusing2 naik kereta je,,hehe


MashaAllah tenang je rasa Dublin ni..tak pack dgn lautan manusia dan bangunan yg tinggi melangit..

Budak2 baru balik sekolah kot ni..







Bangunan kelabu asap mcm ni pun boleh jadi cantik dan unik kalau kt tempat orang..hehe




On the way ke city, kami jumpa beberapa restaurant halal..dan ini antaranya..


























Hard Rock Cafe di Fleet Street






































Di sekitar bandar Dublin..




besar giler HM kt Dublin ni..design pun cantik2 dan up to date

sempat rembat 3 helai baju kt dlm ni.rugi kot kalau tak beli sbb tngh ada sale..hehe

ni landmark kt Dublin..betul2 depan Trinity College..Untungla kalau dapat study sini..




antara kedai souvenir yg kami jumpa di Dublin city.tapi agak pricey sikit..




hubby punya keje, entah ape2 je snap gambar bini dia..hehe

Humaira dah keletihan dan kesejukan..

Ni la Grafton Street..Macam2 ada dari barang branded sampai la souvenir..

kat sini kami just window shopping je sebab target kami nk shopping di London nanti..




hari dah senja mohla kita pulang..perut pun dh lapar.musim sejuk ni cepat benar perut minta di isi..huhu

















Halal Restaurant at Dublin:

1) Restaurant Pakistan (Near to Dublin Mosque)-
P/S: murah tapi tak banyak pilihan.Only beef and chicken beriyani yang ada..ehehe

2) Langkawi Restaurant (Malaysia Restaurant).
Address: 46 Upper Baggot Street, Dublin 4, Ireland
Tel: 01-6682760
P/S: sebelum datang kena call dulu sebab seat adalah limited dan opening hours pun tak lama.
Tapi food sedap dan service tip top.Harga boleh tahan mahal.

3) Beshof Fish ad Chips (near to Arnotts Street)
4) Halal Chinese Restaurant
5) SUBWAY (near to US Embassy)

Note: for more info boleh check webiste zabihah.com.

PRAYER ROOM

1) Dublin Mosque (near to Dublin Castle)
2) Talbat Mosque (Talbat Street)

SOUVENIR SHOP

1) The Dublin Trading & Co (mostly souvenir expensive)

2) Carrols (murah berbanding The Dublin Trading).
Carrols bnyk branch di Dublin city especially berhampiran Grafton Street. Landmark Carrols ialah kebanyakan barang yg dijual ialah warna hijau termasuk kedai warna hijau,,hehe..Kami bnyk shopping souvenir dekat sini..dan boleh claim VAT kalau beli bnyk..yg lecehnya di Dublin kalau nak claim VAT, tak boleh claim through cash masa kt airport nnti..nnti dia akan refund melalui kredit kad.Nasib baik kami tak shopping bnyk di Dublin.ehhe

3) Green Note (Patrict Street) : review cakap this shop lagi murah compare dgn Carrols. Tapi kami tak pergi pun kedai ni sebab tak jumpa..huhu











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...