Cerita Berkelah Di Pagi Hari Yang Panas
Di Yanbu ni, berkelah ramai2 di taman atau di pantai adalah perkara routine at least sebulan sekali sebab waktu2 mcm ni lah para2 ibu, bapa dan anak2 berkesempatan untuk berjumpa dan mengenali dengan lebih rapat lagi. Maklumalah di Arab Saudi ni kaum wanita dan ibu tidak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa ditemani muhrim atau suami. Kalau keluar rumah jawabnya kena berjawabla dengan polis..huhu..So, para2 ibu hanya ada kesempatan pada hari minggu sahaja utk bersantai dan berjumpa dengan kawan-kawan since suami sngt sibuk bekerja mencari rezeki pada hari biasa..Alhamdulillah, selepas setahun menetap di sini, aku sudah boleh membiasakan diri dengan cara kehidupan di sini walaupaun mula-mula dulu rasa mcm nak balik menetap di Malaysia je..hehe
Actually, orang Arab ni sngt suka berkelah di tepi pantai or di taman. Especially kalau bila maktu masuk musim sejuk, mereka siap pasang khemah lagi ditepi pantai or di tengah2 padang pasir. Kalau tak pasang khemah pun, mereka akan duduk di tepi pantai beralaskan tikar besar, bawa bekal makanan dan melayan karenah anak2 disitu dari subuh sampaila matahari terbit. Kalau waktu petang pula, mereka akan datang bersantai mula dari pukul 4 petang hinggalah matahari terbenam dan solat Magrib di sana beramai-ramai. Serius, aku sngt respect dgn cara kehidupan orang Arab yang mengutamakan solat. Bila bunyi sahaja azan, mereka akan bergegas meninggalkan ape yang tengah mereka lakukan dan solat biarpun beralaskan pasir atau batu-bata.Dan kalau yang masih belum tahu, di Arab Saudi (kecuali Jubail), semua kedai2 akan ditutup beroperasi 15 minit sebelum dan 15 minit selepas azan bagi memberi laluan utk menunaikan solat..MashaAllah..di bumi yang penuh barakah ni, tiada istilah kehilangan pelanggan atau bisnes akan rugi itu tiada langsung dalam fikiran mereka. Malah, orang2 luar seperti kami turut faham dengan dengan adat dan cara hidup merekadan menerima tanpa merungut.Kalau nak beli ape2 tunggulah sehingga kedai dibuka, kalau tak nak tunggu, boleh balik rumah.Mereka tidak rugi ape2 pun, malah yang ruginya kita..Rezeki itu Allah yang berikan dan tetapkan kepada hambaNya bukan manusia. Sekiranya kita mengutamakan Allah dalam semua urusan harian kita InsyaAllah, rezeki kita akan diperluaskan dan diberkati oleh Nya..
Berbalik kepada tujuan asal entry ni..ehhe..para2 bapa punya perancangan, konon-kononnya mahu berkelah bagi menyambut musim sejuk yang bakal tiba. Kalau diikutkan perkiraan dan pengalaman setahun lepas, di Yanbu bila masuk bulan 10, suhu akan menurun dan cuaca akan menjadi kurang panas.Tapi tahun ni bulan 10 suhu still lagi panas. Since para2 ibu semua dah setuju dan para2 bapa semua dah berjanji utk berkelah ramai2, kami teruskan juga plan utk berkelah di Yanbu Lake which is around 10 minutes drpd rumah. Lepas subuh pukul 6,30 pagi kami dah siap2 keluar dr rumah bersama bekal donut comel dan air teh o panas.Yang lain2 ada bawak nasi lemak, sandwhich, bee hoon goreng dan ayam goreng berempah. Keluar je dr rumah aku dah rasa suhu yang suam2 walaupun baru pukul 6.30 pagi..huhu..smpai sahaja di Yanbu Lake, kami dah mula berpeluh dan badan aku dh rasa macam masuk dalam sauna..hehe..takkan nak patah balik sebab dah ada family yang smpai dan menunggu ketibaan family yang lain..So, nak tank teruskan jua perkelahan kami sekaligus bersauna di pagi hari..hahha
|
Ayam goreng berempah yummy... |
|
Ida dan Kak Suzlina |
|
Kak Izan yang peramah |
|
Fida dengan Kak Izan |
|
Humaira pagi2 dah berpeluh.. |
|
Humaira bila cuaca panas dia akan kurang active sebab tidak selesa.. |
|
Para2 bapa bila berjumpa borak sakan |
|
Yanbu Lake |
|
Humaira dan botol air berpisah tiada |
|
Para2 ibu dan anak2.. |
No comments:
Post a Comment