Saturday, 3 October 2015

Madain Saleh, Al-Ula, Saudi Arabia

Menjejaki Sejarah Peninggalan Nabi Saleh dan Kaum Tsamud


Raya haji thn ni xbalik since raya puasa kami dh balik.huhu.apela nk dibuatnya kt sini klau pagi raya.mood raya mmg dh kelaut awal2 lagi sbb feel lngsung xde.environment mmg totally lain.at least kt kg dpt tngk org sembelih lembu, tlg bahagi daging, pastu mkn singgang daging, daging goreng kunyit, perut lembu air asam..nyum nyums..sedapnya..huhu

Sebab xnak menangis pagi2 raya berlinang air mata teringat dekat mak ayah di kg, kami decide pergi cuti2 belajar sejarah.hehe..mcm jejak rasul gitu.paling dekat dgn tempat kami utk jejak sejarah peninggalan nabi selain Mekah dan Madinah ialah, Al-Ula, iaitu lebih kurang 430km dr Yanbu.Al-Ula tu hnya 440km dari Jordan.Asalnya nk travel ke Jordan tapi semua mcm xberani lagi sbb ni first time travel jauh by car.klau yg ni berjaya dan smooth, next year convoi lagi ramai2 ke Petra Jordan...bestnya..hehe

Arab saudi sbnarnya bnyk tempat sejarah peninggalan zaman nabi dan rasul.kena pandai cari dan explore sbb kerajaan arab tidak hebohkan dgn alasan takut khurafat..sbbnya klau org Iran, Pakistan, India dtg, diaorang mcm obses sngt.peluk maqam nabi smpai menangis2, hantuk kepala pun ada.huhu..Actually di Tabuk pun ada tempat sejarah iaitu lokasi perang Rasullah dgn puak Bizantium ( Romawi Timur).mungkin dalam perjalan kami ke Jordan nnti boleh singgah ke Tabuk utk melihat kawasan berlakunya pertempuran tersebut. 

Sejarah Ringkas Madain Saleh

Madain Saleh (Hajar, Hijr, Hegra) ialah bandar kaum Tsamud iaitu terletak antara Hijaz dan Tabuk. Nama Al Hijr digunakan hingga abad ke – 14 M, dan sekarang lebih dikenal dengan nama Madain Saleh, yang menisbatkan pada kaumnya Nabi Saleh ‘alaihissalaam. Kaum Tsamud wujud selepas kaum Aad ( Nabi Hud). Mereka dinamakan Tsamud dgn menisbatkan pada nama moyang mereka yg memang bernama Tsamud iaitu saudara kepada Judais. Keduanya adalah anak Aatsir bin Iron bin Saam bin Nuh (as). Mereka ini termasuk dlm bangsa Arab etnik Aribah. Kaum Tsamud dikenali sebagai bangsa penyembah berhala. Di antara kelebihan kaum Tsamud ini ialah ilmu mereka di dalam pembinaan rumah. Mereka menebuk bukit-bukit menjadi rumah mereka.
 Di dalam al-Quran Allah menyatakan :-

Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah    (Surah al-Fajr ayat 9)

Untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan lurus, diutuskan oleh Allah (s.w.t) seorang lelaki yang lahir dari kalangan mereka sendiri. Beliau ialah Soleh bin Ubaid bin Maaseh bin Ubaid bin Haadir bin Tsamud bin Aasir bin Iron bin Nuh (a.s). Kedatangan beliau (Nabi Saleh) ialah untuk menyeru kaumnya agar menyembah Allah sahaja dan tidak meyekutukannya. Malangnya, sebahagian besar kaum Tsamud tetap berpegang teguh dgn amalan penyembahan manakala sebahagian kecil mengikut seruan Nabi Saleh.. Lebih malang lagi mereka menyembelih unta mukjizat Nabi Saleh. 
Allah menyatakan di dalam al-Quran:-
Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah)  (Surah As-Syams ayat 14)
Seluruh bangsa ini dihapuskan Allah. Azab yang dikenakan kepada mereka adalah azab yang belum pernah berlaku sebelumnya.
 Al-Quran menceritakan tentang azab ini di dalam ayat :-
Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. (Surah Fussilat ayat 17).
Di dalam ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa:-
Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa (Surah al-Haaqah ayat 5)
Setelah kaum ini dibinasakan, maka datanglah kaum Anbat (Nabatean) menduduki rumah-rumah mereka.Mada’in Saleh terdiri dari tiga bahagian utama iaitu: Pertama untuk tinggal, kedua untuk sembahan dan ketiga untuk pengkebumian.Tiga puluh empat dari makam diukir dengan tulisan dan tiga puluh satu pula diberi tarikh yang jelas. Tarikh kesemua makam tersebut, kecuali satu, jatuh di antara 1 Sebelum Masehi dan 75 Sesudah Masehi.
Satu yang menghairankan, ada makam yang dibina separuh siap. Ia berlaku pada selepas tahun 75 Masehi. Penghentian pembinaan makam yang tiba-tiba merupakan suatu misteri. Beberapa makam ditinggalkan dalam keadaan separuh siap seolah-olah ada sesuatu yang berlaku dengan mengejut.RAMAI para jemaah Umrah yg ingin menziarah tempat ini tetapi ramai yg tidak mengetahui akan adanya Hadis Larangan ke tempat ini melainkan dgn menangis serta menjadikan iktibar serta takut kalau azab sebegitu akan menimpa kita jua...
Berkunjung ke Daerah ini, Wajib Sambil Menangis?
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melakukan perjalanan menuju Tabuk, beliau melewati Hajar @ Al-Hijr (Madain Soleh), satu daerah yang dulu ditempati kaum tsamud, umatnya Nabi Soleh ‘alaihis salam. Puing-puing rumah mereka masih banyak tersisa. Beliau memerintahkan agar para sahabat mempercepat langkahnya dan berusaha menangis.
Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, menceritkan,
لَمَّا مَرَّ بِالْحِجْرِ قَالَ « لاَ تَدْخُلُوا مَسَاكِنَ الَّذِينَ ظَلَمُوا إِلاَّ أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ ، أَنْ يُصِيبَكُمْ مَا أَصَابَهُمْ » . ثُمَّ قَنَّعَ رَأْسَهُ وَأَسْرَعَ السَّيْرَ حَتَّى أَجَازَ الْوَادِىَ
Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati daerah Hajar, beliau bersabda,
“Janganlah kalian memasuki tempat tinggal orang-orang yang dzalim, kecuali sambil menangis. Karena apa yang menimpa mereka bisa menimpa kalian.”
Lalu beliau menutup kepala beliau dengan kain selendangnya, dan mempercepat perjalanannya, hingga berhasil melewati daerah itu. (HR. Ahmad 5466 dan Bukhari 4419)
Dalam riwayat lain, beliau secara tegas melarang untuk memasuki tempat seperti itu, kecuali sambil menangis.
Beliau bersabda,
لاَ تَدْخُلُوا عَلَى هَؤُلاَءِ الْمُعَذَّبِينَ إِلاَّ أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ ، فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا بَاكِينَ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِمْ ، لاَ يُصِيبُكُمْ مَا أَصَابَهُمْ
Janganlah kalian memasuki daerah umat yang diadzab itu kecuali sambil menangis. Jika kalian tidak bisa menangis, jangan memasuki daerah mereka. Jangan sampai adzab yang menimpa mereka, menimpa kalian. (HR. Bukhari 433).
Tentu saja saran beliau itu tidak hanya berlaku untuk sahabat di masa itu. Peringatan ini berlaku untuk semua umat beliau.
Karena itulah, hadis ini menjadi landasan para ulama, tentang larangan berkunjung ke tempat umat-umat masa silam yang diadzab oleh Allah karena kedurhakaannya, hanya karena ingin tahu atau sekadar  mengambil gambar. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi peringatan,
“Jangan sampai adzab yang menimpa mereka, menimpa kalian”.
Imam Ibnu Utsaimin pernah ditanya,
هل يجوز زيارة مدائن صالح للعظة؟
Bolehkah mendatangi Madain Saleh untuk mengambil pelajaran dari kejadian itu?
Jawaban beliau,
Ya boleh, dengan syarat, seseorang tidak memasuki daerah itu kecuali dalam kondisi menangis. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian memasuki daerah umat yang diadzab itu kecuali sambil menangis.” Adapun mendatangi tempat-tempat itu hanya melihat betapa kuatnya kaum Tsamud di masa silam, maka ini tidak boleh. Perbezaannya jelas. Orang ini berangkat untuk mengukur kekuatan kaum Tsamud, tujuannya hanya untuk rekreasi, jalan-jalan. Dan tidak membayangkan bagaimana adzab itu menimpa mereka. Sedangkan orang yang pergi ke sana sambil menangis dan takut kepada Allah, ini tidak masalah.Untuk itu, ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati perkampungan mereka dalam perjalanannya menuju tabuk, beliau menutup kepalanya dan mempercepat langkahnya. (Liqaat Bab al-Maftuh, volume 224, no. 14).
Al-Bukhari narrated in his Sahih - Volume 4, Book 55, Number 563:
Narrated 'Abdullah bin 'Umar: When the Prophet passed by (a place called) Al Hijr, he said, "Do not enter the house of those who were unjust to themselves, unless (you enter) weeping, lest you should suffer the same punishment as was inflicted upon them." After that he covered his face with his sheet cloth while he was on the camel-saddle.
There are some fatwas warning from visiting that place, except for those who are passing there with out an intention to visit, and they must be crying or trying to cry. not for tourism.
SubhanaAllah, sungguh khilaf diri ini sbb tidak mengetahui dgn lebih awal berkenaan ini.Saya tahu pun selepas membaca buku Kisah Para Nabi yang dibeli dari Malaysia. Kalau tahu lebih awal mungkin kami tidak akan pergi ke sana.Semoga Allah ampunkan dosa2 kami dan jauhkan kami semua drpd musibah dan perkara yang tidak diigini. 
SEMUGA MENJADI PANDUAN DAN GUIDELINE KEPADA KAUM MUSLIMIN YG INGIN KESANA...INSHAALLAH.. BARAKALLAHUFIKUM
Buat sahabat2 yng tidak berkesempatan dan berpeluang utk melawat ke Madain Saleh, bolehla lihat gambar2 yang saya ambil semasa di sana.Jadikan gambar2 ini sebagai pengajaran utk kita semua dan janganlah sesekali kita mengkagumi kepakaran dan keindahan binaan peninggalan KAUM TSAMUD.Sebaliknya kagumlah dgn kekuasaan Allah yg mengurniakan mereka kepakaran sebegitu. Menangislah sama ada dalam hati ataupun melalui mata sebagai tanda kita takut akan balasan Allah kepada mereka2 yang mengingkari suruhanNya.

HARI PERTAMA

Berkumpul di stesen minyak di Balad, Yanbu.isi minyak penuh tank dan beli minuman dan junk food utk mkn dalam perjalanan nnti..around 11.00 am baru kami bertolak.masih lagi dlm itenary programme.hehe


Menunggu family kak izan yg belum lg smpai.
MashaAllah, terpukau dgn kecantikan semulajadi padang pasir dan gunung2 batu di Arab Saudi


Jalan raya  ok..xdelah rase takut sngt.cuma klau drive malam mmg bahaya sbb tiada lampu jalan dan bnyk selekoh bahaya.
Al-Ula, tempat yang dituju.jauh lagi perjalanan..

After 2 hours driving, hubs dah bunyi2 lapar nasi katanya.adoii..mmg perut melayu suami i ni.hehe. Alhamdulillah jumpa tempat makan yg ok dan berdekatan dgn masjid.antara kelebihan Arab Saudi ni ialah setiap 2 km ada disediakan masjid. KeciL atau besar depends pada tempat.Tapi keburukannya plak, tandas di setiap masjid sngt kotor dan tidak terjaga langsung.Tandas di stesen minyak pun sama.Bnyk 'kapal selam'..huhu...geli nak masuk. Jauh beza sngt dgn tandas di Malaysia.Bersih dan siap ada gerai2 dan restoran lagi kan.Sini jgn harap nk jumpa tandas yg bersih dan selesa.So my advise klau plan nk travel within arab saudi, jgn minum air bnyk dan mkan bnyk.Nnti payah nk buang air kecil dan berak.hehe..

Tengah2 padang pasir tiba2 ada masjid.orgnya xde plak.padahal baru waktu zohor.scary plak..huhu
Berhenti utk solat.aduh, nk kencing pun tahan.tak sanggup nk tngk kapal selam.hehe

Siap ada playground lagi.hehe..musim sejuk baru ada org kot

Keluarga di Yanbu..duduk diperantauan kenalah bergaul klau xnak kesunyian.hehe
Masing2 bawak bekal.dh muak makan nasi mandy, nasi khabsah, nasi bukhari.makanan malaysia tetap jadi pilihan
Semangat kak izan amik gmbar.para2 bapa dah xsabar nak ngap..

After solat dan makan, kami sambung balik perjalanan.Lagi 2 jam perjalanan.perut dh kenyang mata mulala mengantuk. Nasib baik hubs ok dan ada bekalkan gula2 kopiko utk hilangkan rase penat dan ngantuk.

Kami dua beranak muka sun burn.dua2 kulit sensitive..

Yes..mmg muka ku dh gelap.nk recover balik mmg take time.huhu
Yang best kt sini klau jumpa signboard camel crossing, mesti mata kiri kanan melilau cari unta.hehe..

Kurusnya unta2 kt sini.mcm xcukup mkn..hehe
Dah nak sampai pekan Al-Ula


Antara pemandangan di perkampungan Al-Ula

Pekan kecil Al-Ula
Pekan kecil pun dikelilingi gunung2 batu coklat..yg peliknya hnya terdapat di Al-Ula sahaja. Kuasa Allah s.w.t
Antara peninggalan sejarah di pekan Al-Ula
Alhamdulillah..smpai jgk kami ke tempat penginapan

Apa yg sy observed di pekan Al-Ula semasa dlm perjalan, pekan Al-Ula tidakla teruk sngt seperti pekan2 kecil lain di Madinah.Cuma populasi penduduk di Al-Ula tidaklah seramai di Yanbu, Ada beberapa Mata'am (restaurant), kedai electrik, kedai pakaian, kedai jubah (setakat yg nmpk jubah lelaki),laundry dan mcm2 lagi. And kalau fastfood restaurant, yg ada hnya KUDU. McDonald, KFC dan Al-Baik mmg xde lagi setakat ni.

Di Al-Ula, kami menginap di Shahd Land Resort. Harga dalam SR 960 utk 3 hari 2 mlm. Hotel ni kalau ikutkan rasanya 1 star or 2 star saje kot.Resort ni yg paling murah yg kami dpt di booking.com.huhu..setiap bilik dibekalkan dapur dan ruang tamu.so, agak besar jgkla..peti ais pun disediakan jgk..cuma, dapur langsung tak boleh pakai. Pinggan mangkuk cawan semua xde.Klau ada pun, nk pakai fikir bnyk kali sbb xbersih..hehe..pemanas air pun xde jgk..lagi teruk towel pun tidak disediakan..apa punya resort la...nasib baik tergerak hati nk bawa 2 helai towel.Satu utk kami berdua share dan satu lagi untuk humaira..so, saya tidak recommend resort ni kalau ada yg nk dtg menginap di Shahd Land Resort..But, tandas bersih, itu yg paling sy concern kalau nk stay mana2 hotel. Bilik kecil, katil kecil xpe, asalkan bilik air utk mandi dan utk membuang bersih dan selesa.hehe..

Tapi....ok ada tapi ni maksudnya ada perkara yg menarik la kan..hehe...actually resort ni tidak jauh dgn Madain Saleh which is around 10 km sahaja..And, resort ni jgk ada bilik yg terdapat pool didalamnya..menarik kan..hehe..bilik tu saya x amik sbb xlarat nk control humaira..sure nnti dia asyik nk mandi pool je.So, that room sy bagi pada 2 family yg lain since dalam satu bilik besar tu ada lagi 2 bilik..Bilik tu lagi selesa drpd bilik kami..its ok, sbb sy hnya concern pasal toilet saje..hihi...
But, funny is dapur kat bilik tu pun tak boleh pakai jgk..adoii..teruk betul resort ni.

Humaira asyik pusing2 keliling pool je.penat nk control cenonet ni..
Pool ni mmg sesuai utk kanak2 mndi tapi kena ada orang jaga sebab agak dlm
Seronok memasak sbb ada pool sebelah..hehe
Dinner just makan lauk yg lebihan lunch td.panaskn balik pakai rice cooker sbb dapur bilik ni pun xleh pakai
Cenonet xpakai seluar..hihi..basah sbb terjatuh tepi pool
Para2 ibu...

Hari Kedua

Since hari ke-2 ialah hari raya Aidiladha, kami pakat2 ramai utk masak. Kuih karipap tu kami  bawak yg dah siap dari rumah just tinggal goreng je. Since dapur bilik ni pun rosak jugak, kami goreng guna rice cooker saje.So, agak lambat sbb gilir2 nak panaskan lauk2 lebihan smlm lg.hehe..inilah trip paling budget bak kata suamiku..


Menu di pagi raya..siap ada pulut kuning lg..
Cenonet kesayanganku dgn botol air drpd smlm lg..hehe
Cubaan pertama bergambar ramai2 gagal.humaira hilang entah ke mana..
Cubaan ke-2 juga gagal..huhu
Cubaan ke-3 juga gagal..
Cubaan ke-4 juga gagal..
Finally...puas mengejar baru dpt tangkap cenonet ni..
Kadang2 geram dgn budak kecik nk..payah betul nk bergambar skrg..
And baru muka hubs ada..hehe
Siap2 nk keluar..
Mountain rock in front of our resort
Ready to explore Madain Saleh..yuhuu..
Pemandangan di sekitar luar resort. Dikelilingi gunung2 berbatu.
Kiri kanan disaji dgn pemandangan gunung2 berbatu coklat yg cantik.










Pintu masuk ke Madain Saleh. Kena tunjukkan iqama utk daftar masuk.

Stesen keretapi Hijaz di Madain Saleh. Lengkap dgn tandas dan tempat solat 
Maybe ini office utama.hehe..xsempat nk baca papan tanda.






Peta sumber dari google

Landasan kereta api Hijaz sebenarnya dibina semasa kerajaan Turki Uthmaniyah (Sultan Abdul Hamed II) pada tahun 1900 betujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan para jemaah haji/umrah dari Utara Arab Saudi iaitu Damascus (Damsyik), Syria ke Mekah. Terdapat tiga buah stesen keretapi Hijaz di Arab Saudi yg masih ada sehingga sekarang iaitu stesen Hijr Tabuk, Hijr Madain Saleh dan Hijr Madinah.Selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, kerja2 pembinaan landasan kereta api diberhentikan dan berakhir di Madinah sahaja. Sekarang ke semua stesen tersebut dijadikan musuem. Baru tahu rupanya di Madinah pun ada juga stesen keretapi lama. Padahal sebulan sekali pegi Masjid Nabawi..apesal la tak jumpa dan xpernah nmpk...huhu


Extra large ok gambar kami berdua..hehe..belakang tu rumah kaum Tsamud. Ada yg ckp rumah peninggalan suku Nabatean iaitu kaum yg tinggal slps kaum Tsamud.Dua2 kaum dianugerahkan Allah kepakaran mengukir gunung2 batu. Dan kedua-dua kaum tersebut juga suka menyembah berhala.Sebelum amik gambr tu baca ayat kursi
sikit.Ada anak kecik kena berhati2 dan  jgn over excited masa bergambar..huhu





Kami tak masuk dlm ni.ada anak kecik.kan nnti ada yg mengikut balik..hehe

Kat dinding tu ada lukisan dan  tulisan arab peninggalan kaum Tsamud.



Menurut kajian sejarah, gunung2 batu yg diukir semua ni bukanlah peninggalan kaum Tsamud (2000 SM) tetapi sebaliknya peninggalan suku Nabatean (3000 SM) di mana ibu kota kaum tersebut terletak di Petra, Jordan..I dah confius..huhu..kena start belajar sejarah Islam di Tanah Arab la jawabnya..hehe. Kalau ikutkan logik mmg betul sbb xkan la ada lagi peninggalan kaum Tsamud sedangkan Allah dah hancurkan mereka semua yg tidak beriman pada Allah. 

Humaira tak enjoy trip kali ni sbb cuaca panas terik plus berpasir

Memang nk berdukung je.langsung xnak jalan..


My hubs pun dh penat nk kena dukung..


So sape yg nk tlg amik gambar aku nnti...huhu..


Dalam Madain Saleh ni terdapat beratus-ratus gunung batu. Dalam satu gunung tu boleh ada 9 pintu iaitu rumah..








Suami i kalau amik gambar mcm ni la jadinya..blurr sana sini. kemain jauh di zoomnya..hehe

Lupa pulak nak bgtau, kalau nk dtg ke Madain Saleh atau mana2 tempat yg berdesert mcm Arab Saudi, UAE atau Dubai, better drive guna 4WD iaitu four wheel drive (kereta pacuan empat roda). Sebabnya, kalau pakai kereta biasa mmg senangla sngt2 tayar kereta tu nk tenggelam dalam pasir sbb pasir di padang pasir ni halus. Contoh terbaik gambar kt bawah ni.hehe..even pakai 4WD tu pun boleh tenggelam lagi tayar kereta belakang. Nasib baik dtg sini convoi..tu pun xbergerak jgk kereta bila para2 bapa tolak. Last sekali berjaya jgk keluarkan tayar tu hasil usaha bersama dgn pelancong2 dr Pakistan.Alhamdulillah..









Separuh tayar kereta tenggelam dalam pasir





Adush..solo photo failed..


Hehe..solo photo still failed


Bapa dan suami mithali..huhu


Dalam rumah kaum Tsamud..











Bilik or kubur lama tempat simpan mayat pun xsure la ape tmpat ni..hehe


Apela yg org ni buat kt dlm tu..tngk kami semacam je..xjadi nk singgah masuk.





Suhu 45 degree pun tahan jela sbb nk bergambar..hehe
hehe..dh berpeluh basah suami i ni..
Gilir2 la kami berdua amik gmbr.anak tinggal dlm kerete..hihi









Dah lama teringin nk snap gambar ni.Alhamdulillah sekarang depan mata.


Inspired from this photo..(image from saudi-archeology.com)












Menyerupai tengkorak manusia
Madain Saleh di anugerah World Heritage Archaeological Site oleh UNESCO pada tahun 2008.

Qasr Al-Fareed unfinished tomb stand alone (sumber:saudi-archeology.com)


Tayar kereta pak arab ni pun tenggelam dalam pasir..huhu


Bapa2 mithali..huhu











Isteri2 solehah..amin..hehe

Al-Diwan

Bekas peninggalan penempatan suku Nabatean..Kat sini xde pintu2 yg diukir atau dipahat tapi gunung2 ditebuk.Gunung2 batu yang ada menyerupai bonggol unta..














Siq (Lorong kecil dan sempit)







Meeting Room suku kaum Nabatean mungkin..ehhe



Lakaran/lukisan suku Nabatean atau pun kaum Tsamud






Jebel Ithlib Sanctuary located at the end of the Siq corridor opposite to Al-Diwan

























Hari Ketiga


Al-Ula Old Town

Hari terakhir kami di Al-Ula..actually, bnyk lagi tempat yg kami xmelawat di madain saleh. Semua dah penat sebab sehari suntuk meredah padang pasir dgn cuaca panas terik. So, sebelum balik ke Yanbu kami pusing2 sekejap di pekan lama Al-Ula..Menurut yang sy baca, rumah2 lama di Al-Ula dihuni sehingga tahun 1983 manakala masjid pula diguna sehingga tahun 1985.Selepas pekan2 baru dibina, kebanyakan penghuni berpindah dan dan rumah2 lama di jaga oleh kerajaan Arab Saudi utk dijadikan tempat sejarah..





Al -Ula Old Town


Sisa2 rumah lama yg masih ada smpai sekarang

Tips ke Madain Saleh
- Guna kereta pacuan empat roda (4WD) utk perjalanan lebih lancar
- Elakkan datang melawat pada musim panas. Mei- October. adalah peak season for summer
- Di Arab Saudi, perempuan/wanita wajib berjubah dan memakai pakaian menutup aurat.
  Non-muslim juga diwajibkan utk memakai jubah or abaya (tidak diwajibkan berhijab utk non-
  muslim). Untuk lebih selesa, pakai seluar panjang di dalam jubah. Ada ketika anda harus memanjat
  gunung2 batu utk masuk ke dalam dan mengambil gambar pada posisi yg cantik dan unik.
- Jangan sesekali memakai high heels! Pakai kasut tertutup atau kasut boot utk mengelakkan pasir
  masuk ke dalam kasut. Jangan pakai kasut yg berjenama klau anda tidak mahu menangis nnti.
- Bawa stock bekalan makanan or bahan2 memasak klau anda bercadang utk tinggal di Al-Ula lebih
  drpd sehari.
- Bawa topi utk kanak2
- Jangan lupa sapu kat muka bnyk2 cream penghalang sinaran cahaya matahari klau xnak muka
  sunburn.hehe..
- Guna kamera DSLR utk dapatkan gambar yg lebih cantik.Ada ketika anda hnya perlu zoom object/
  scene yg anda mahu melalui tingkap kereta tanpa pergi dekat utk dptkan gambar yg cantik dan
 menarik

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...