Friday 16 October 2015

Perkara Penting Yang Perlu Tahu Sebelum ke Australia (Perth Part 1)


Tips Membawa Bayi naik Kapal Tebang

Day 1: 

Trip to Perth sebenarnya dh lama..Mac 2014 punya. muahaha..Humaira pun baru umur 3 bulan waktu tu.Aku masa tu aku baru je ngam2 habis pantang. Waktu ni hubs bawak short vacation sbb 2 weeks after that dia kena ke Arab Saudi sbb dapat offer kerja kat sana..Sebelum tinggalkan kami tu, dia bawaklah pergi jalan2 nk hiburkan hati aku yg dh mula tak keruan sbb nk kena tinggal selama 3 bulan sebelum dia dtg balik ambil kami tinggal di Arab Saudi.So, ini our first oversea trip with baby.huhu..cuak jugak masa 1 month before travel date tu..risau sngt2 bawak baby kecik naik flight.So, sebelum pegi tu kami tnya doc and mintak suggestion doc how to handle baby in flight klau dia menangis dlm flight masa nak take off and landing..Sebabnya gegendang telinga baby especially bawah 5 months ni sngt lembut. So, jgn dedahkan baby pada bunyi2 yg frekuensi tinggi bagi mengelakkan gegendang pecah.huhu..scary giler kot..boleh jadi pekak tau klau gegendang rosak apatah lagi pecah..So, we all study dulu kt blog DO and DONT..Alhamdulillah nasihat drdp doc dan info yg kami dapat serta berkat doa xputus2 sblm date of travel tu sngt membantu kami dalam flight..so disini sy bagi sedikit list utk my future reference and for other blogger yg nk travel bawak baby especially 1 year below..


DO
1) Sebelum book tiket, bawa anak jumpa doc utk physical check up. Minta advise dari doc sama ada
   anak dlm keadaan yg sesuai utk travel oversea..
2) Pilih waktu terbang yang paling sesuai untuk bayi, misalnya pada waktu malam (untuk 
   penerbangan panjang) atau siang untuk penerbangan jarak pendek supaya anak dapat tidur 
   tenang di pesawat.
3) Inform airlines yg dipilih seminggu sebelum penerbangan bahawa kita travel bersama Infant.
   Nanti mereka akan reserve kan seat yg ada bassinet (bakul bayi).Bassinet disediakan utk
   bayi umur bawah 24 bulan sahaja.Tak semua airlines ada sediakan bassinet..MAS and GARUDA
   je kot..huhu..Low fair airlines rasanya tak sediakan bassinet kecuali Air Asia but hnya utk hot seat
   sahaja dan juga utk flight number D7 (Air Asia X) sahaja.
4) Request  semasa check in tiket utk dapatkan seat hadapan dan tepi lorong (aisle)..sebab tu better
   datang airport awal iaitu check in 2 jam sebelum boarding time..Kalau tak nnti seat hadapan org
   dah amik..ehhe. Seat hadapan ni lagi luas dan memudahkan kita nak bangun tukar pampers or nak
   bancuh susu pun xdelah nk menganggu org sebelah (klau sebelah tu xde org duduk kira untung la
   kan). Seat tepi plak senang kita nak keluar masuk tanpa ganggu org sebelah yang tngh tido atau
   rehat 
5) 1 week before travel date, bawa anak sekali lagi jumpa doc utk check sama ada condition anak dlm
   keadaan baik.
6) Kalau anak dalam keadaan sihat, mintak jugak ubat demam, selsema siap2. Bawak ubat tu nnti
   bila travel. Ubat demam kalau possible mintak ubat yg masuk ikut punggung sbb nanti dlm flight
   senang nk bagi compare ubat liquid (ikut umur dan kesesuaian pada bayi.)
7) Make sure ubat tu masuk dlm handcarry bag .Nnti nak ambil senang dalam flight bila perlu. . 
8) Sediakan satu handcarry bag khas utk bayi. Masukkan sedikit baju extra, selmut, pampers, wet
   tissue, minyak angin, droplene cream, ubat2 utk anak dan susu formula (isi dlm tupperware kecil
   dan juga milk powder partition klau bukan breastfeeding) 
9) Kalau anak demam, make sure bagi ubat ikut masa. Masih ada masa sebelum travel date..
10) Make sure anak atau kita ada travel insurans (boleh dapatkan dr travel agent) at least utk anak
     sebab kalau anak sakit, boleh pakai insurans utk dptkan rawatan di sana. If you have cash money 
    yg mencukupi dlm tangan, boleh bayar guna duit sendiri (kalau anak ada insurans di malaysia
    boleh claim within 90 days of travel date) or pay using credit card.
11) Tiba di airport 3 jam awal supaya tidak kelam kabut semasa urusan check in. Belum masuk wrap
     luggage lagi... Kalau tak syg luggage yg baru dan mahal tu tak wrap pun xpe,,rosak beli yg
     baru..ehhe
    • 12) Duduk di area 'No Smoking' ketika menunggu waktu naik ke pesawat.
13) Bawa penutup telinga atau topi (yg boleh cover telinga) dan pakaikan semasa take off atau
     landing. Tujuan utk mengurangkan serapan bunyi yg kuat dan megurangkan tekanan udara pada
     telinga anak.
14) Sebelum masuk flight (after check in) tukar pampers anak siap2 (dlm flght anak boleh tidur dgn
     selesa dan kita xperlu susah2 ke tandas uk tukar diaper). Pastikan anak minum susu dan
     kenyang. 
15) Semasa take off dan landing bagi anak hisap puting atau hisap botol susu  atau bagi susu badan
     utk mengurangkan tekanan udara dalam telinga. Perubahan tekanan udara boleh menyebabkan
     telinga jadi sakit dan anak akan tidak selesa dan menangis. Lakukan sehingga ketinggian flight
     stabil.


DONT

1) One week before travel date, avoid bawa anak ke tempat public utk elakkan jangkitan virus yg
   boleh  menyebabkan demam, selsema atau chicken pox.Baby peringkat umur ni mmg senang utk 
   jangkitan virus..nk travel jauh kan..Tak pasal2 nnti burn mcm tu je tiket flight..ehhe
2) Kalau anak ada injection vaksin 2 atau 3 hari sebelum hari travel, better tangguhkan selepas atau
   awalkan injection 1-2 weeks before travel date..Sbb biasa baby akan demam lepas cucuk vaksin dan
   amik masa 2-3 hari utk sembuh (depends pada antibodi anak).Make sure minta nasihat doktor dulu
   jgn ikut suka hati je nk tangguh2..ehhe
3)Elakkan lubang aircond mengahala terus ke bayi. Pakaikan jaket atau sweater, sarung kaki, sarung
   tangan dan topi pada bayi. Minta selimut atau bantal tambahan drpd flight attendance jika anda
   memerlukannya.  

 PERKARA YANG WAJIB TAHU SEBELUM TRAVEL KE AUSTRALIA/ NEW ZEALAND

Bila nak travel ke negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam, bab nak cari makanan halal tu yg mesti kita fikir kan.. di Australia, makanan halal senang nak cari tapi harganya agak mahal dan bagi mereka yang nak save budget tu mestilah nak bawak sedikit sebanyak bahan makanan dari Malaysia kan? Macam aku, travel ke Perth hr tu tak bawak makanan ape2 pun sbb dok kalut dgn anak..hahha..alasan tak munasabah.Tapi survey jugakla kt internet sebelum datang tu..Takut kena tahan sbb org ckp kastam dan imigresen di Australia sngt strict compare negara2 lain..mmg betul pun..kat imigresen dgn kastam tu lama kot kami menunggu..mcm2 dia tnya..dhla anak dok mengamuk penat..so, kat sini aku list awal2 ape bnda yg tak boleh bawa..Nanti senang kot2 ada rezeki nk travel ke bumi Australia atau New Zealand boleh refer kt sini.
Australia or New Zealand is very proud of its"STRICTEST QUARANTINE LAW IN THE WORLD". Kita mesti ingat dua buah negara ni tak penah kene wabak penyakit "hands, foot and mouth disease" yang teruk. Yelah, dua-dua buah negara ni bukan terbentuk daripada tanah besar. Ianya sebuah benua ataupun pulau.


Makanan yang BOLEH dibawa:

  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
  • Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
  • ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
  • beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
  • rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant

Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:

  • serunding daging/ayam
  • bahan makanan yang mengandugi telur
  • hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
  • minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
  • buah-buahan
  • rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
  • daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini

(credit to blog KAKI BERANGAN)


Sebelum kita turun dari kapal terbang, kita akan diberikan "ARRIVAL CARD", jangan lupa untuk"TICK" pada ruangan disediakan seperti makanan ataupun ubat-ubatan yang dibawa. Please declare whatever u bring. Kalo anda didapati tertangkap dan jika sabit kesalahan membawa bahan terlarang. Anda akan disaman on the spot lebih kurang AUD340+++ jika sabit kesalahan. Selain itu, boleh dibicarakan, denda lebih dari AUD60k ataupun penjara selama 10 tahun.Kalau boleh, asingkan siap-siap bahan makanan yang kita bawak tu dalam satu beg/kotak. Sediakan senarai ringkas bahan makanan yang dibawak tu just in case pegawai tu tanya dan periksa. At least, we are being prepared. Takdelah terkeluar bra, spender kalo makanan tu dalam beg pakaian. Dan lagi satu, beras, sayuran, telur, roti dsb semua tu boleh beli kat sana je. Takde mahal mana pun. Buat berat beg je bawak semua tuh.


VISA
Selepas membeli tiket penerbangan, baru boleh dapatkan dapatkan visa. Anda boleh dapatkan visa terus secara online ataupun pergi ke mana-mana syarikat agensi pelancongan. Setiap agensi perlancongan menawarkan harga yg berbeza dan survey dahulu kalau tidak mahu ditipu.. Harga visa utk setiap orang boleh serendah RM10 dan boleh mencecah RM100/person.. My hubs buat visa through online dengan harga AUD3 dan satu hari je dah dpt siap..But klau rajin boleh pergi ke this travel agent katanya murah iaitu RM10 /person..Boleh call tnya dulu for confirmation..

Tri- D Travel and Tours Sdn Bhd
No. 27, Ground Floor
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Link
53300 Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Tel: 603 - 4149 9815
        603 - 4149 7815


Now, dah tahu dan prepare semua perkara2 dia atas, lets go to PERTH.....yuhuuu..





Flight pukul 9.00 am..pukul 6 pagi dah smpai airport..angkut cenonet tgh tido..kesian plak tngk


Humaira dalam bassinet


sempat selfie sekeping masa humaira tngh tido..makan nasi lemak dlm flight utk alas perut..


tak smpai sejam duduk dalam bassinet dah jaga cenonet ni..xselesa kot duduk dlm tu


At the end atas riba jugak dia nak duduk..terpaksala pangku dia hingga smpai Perth


Dalam baby room di airport Perth..penat hilang bila dah smpai..

Tunggu hubs amik kunci kereta yg disewa di airport



Humaira mula buat perangai xnak duduk dlm baby stroller


yesszzaa..dia dh menangis.satu airport dngr suara cenonet ni..





Muka penat dan letih. Satu hari tak tido..


Hubs busy pasang GPS dan set coordinat utk ke hotel

on the way to hotel..pemandangan cantik sngt..Perth sngt sesuai utk dijadikan tempat istirehat dan tenangkan fikiran

Masa kami dtg bulan end of March..cuaca xpanas dan xsejuk sngt..breezy and sejuk2 berangin je..


Sulivan Hotel tempat kami menginap selama 5 hari 4 malam..just 20 minit from airport and 10 minutes from Perth City.


Humaira yang keletiham..



Cost Estimation to Perth (Roughly)
  • Tiket Flight (MAS)-RM2800 (2 adult & 1 infant)
  • Hotel (Sulivan Hotel) - RM1500 (5 days 4 nights)
  • Rental Car - RM1000 for 5 days ( include with GPS and baby seat)
  • Visit Visa - RM30 (for 3 person)
Kalau dikira total cost utk ke Perth sngt mahal..itu tidak termasuk perbelanjaan utk makan, shopping, duit minyak lagi..huhu..why ekkkkk..Sebabnya my hubs tempah tiket flight 1 mnths before travel date.So, mmg last minute punya vacation jugakla. Sebabnya nk tempah awal2 takut tak jadi since i pregnant 8 bulan masa tu..So, lepas bersalin dan baby semua ok baru hubs berani utk book tiket ke Perth.Actually, kalau kami xde anak kecil, rasanya kereta tak perlu pun kami sewa sbb public transport di Perth sngt efficient..Since, humaira kecil lagi dan aku pun baru je habis pantang, turun naik public transport agak tidak sesuai. And jangan lupa eventhough public transport di Perth sngt efficient, kemudahan tersebut hanya free utk di sekitar bandar Perth, Fremantle dan Joondalup. So, klau nk jalan2 luar dari tempat yang dinyatakan mcm Swan Valley utk tngk ladang anggur dan tempat buat coklat kena sewa kereta jugak tau..hehe

One thing dekat Australia ni, kalau drive kereta and ada baby atau anak kecil dalam tu, wajib letak anak dalam car seat..kalau polis nampak confirm kena tahan dan free2 kena bayar denda AUD300..bnykkkk tu...duit tu boleh tiket pergi melancong ke negara lain kot..ehhe..Another thing is if you plan utk drive di Perth, make sure book kereta awal2 and survey several website which one offer cheaper price..Kami just book from Thrifty sebab nanti bila sampai airport terus boleh ambil kunci. And do not worry about driving license sebab Australia terima our driving license..so no need to translate or convert to International Driving License..But just make sure lesen memandu tu tidak tamat tempoh..Nanti sia2 je sewa kereta otherwise ada pemandu peribadi kat sana nanti..ehhe

So, utk hari pertama sampai di Perth, aktiviti kami ialah tidur..muaahaha..penat kot sbb keluar dr rumah pukul 4 pagi..nonstop smpaila di airport Perth..Di airport kena tunggu lama lagi dekat emigresen dan kastam.itupun nasib baik luggage2 kami pegawai kastam tak selongkar sbb kami dah declare awal2 lagi masa isi ARRIVAL CARD dalam flight..bertambah penat tu sbb kena dukung humaira selepas keluar dr pintu kapal terbang since baby stroller kena ambil semasa collect luggage..huhu..sengsara giler waktu tu..nak pitam kami berdua. Kami sampaila di Perth pukul 3.00 ptg..keluar dr airport dah pukul 5 petang..Sampai hotel plak dah pukul 6 lebih..huhu..Kedai semua dah tutup waktu tu..Kat Perth pukul 5.00 ptg kedai semua dah tutup hokeyyy..macam office hour gitu..so ape2 activiti dr pukul 10.00 pagi smpai 5.00 ptg aje..

Jangan lupa check my next entry utk activiti seterusnya di Perth..ahakkss
.
-Menikmati Fish and Chip Terbaik dan Souvenir Murah (Part 2)
-Shopping Corelle di Perth (Part 3)
-Kangaroo Anggur dan Chocolate di Swan Valley (Part 4)
-Morning Walk di Kings Park (Part-5)









1 comment:

  1. Thanks for sharing the knowledge. Di kebanyaakan hotel di Australia , kita boleh masak ker ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...